Honor 20 Pro Dikhabarkan Pelancarannya Penghujung April Ini

Honor menutup tirai 2018 dengan jayanya menerusi pengenalan Honor View 20. Mendapat sambutan hangat dengan pemasaran melebih 1.5 juta unit bagi pasaran global untuk bulan yang pertama, sebuah lagi peranti dengan Honor 20 Pro dikhabarkan akan menyusul.

Berdasarkan imej yang memperlihatkan spesifikasi peranti berkenaan, ia bakal dilengkapi dengan skrin paparan OLED 6.1 inci serta sokongan pengimbasan cap jari pada skrin.

Kapsyen: via GSMArena


Menguasakan dari dalam, adalah cip Kirin 980 bersama-sama tiga variasi sistem memori,  6/128 GB, 8/128 GB, and 8/256 GB. Difahamkan lagi, lensa utama mungkin menggunakan sensor 40MP seperti Huawei P30 Pro, digandingkan dengan 20MP lensa sudut ultra-lebar dan 8MP telefoto dengan 3x kali zoom optikal.

Desas-desus juga menyatakan harga Honor 20 Pro diramal bermula dari 2999 yuan (~RM1829) dan mungkin membuat kemunculan pertama pada 25 April depan.

Sumber: GSMArena