Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
20 Dron Berkuasa Tinggi Akan Berlegar Di Kawasan Banjir Untuk Pantau Dan Hantar Bantuan

20 Dron Berkuasa Tinggi Akan Berlegar Di Kawasan Banjir Untuk Pantau Dan Hantar Bantuan

Diterbitkan Disember 22, 2021 ยท Dikemas kini Disember 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Bencana banjir yang melanda negara sejak Sabtu lepas telah meragut puluhan nyawa seperti yang dilaporkan oleh media massa. Setakat ini kita sudah melihat pasukan penyelamat diatur gerak selain dibantu oleh badan bukan kerajaan dan individu bertungkus lumus membantu kawasan yang terkesan.

Bagi memperkuat lagi operasi tinjaun dan penghantaran bekalan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dikatakan bakal menggunakan khidmat dron berkuasa tinggi. Ia merupakan kerjasama MOSTI dengan lima syarikat swasta melibatkan sejumlah 20 buah dron yang akan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Perkhidmatan Dron (PTK2Dron).

Dron tersebut dijangka akan diterbangkan sejurus menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Tidak dinyatakan secara terperinci model mana yang akan digunakan tetapi dron tersebut dikatakan mampu diterbangkan dengan beban seberat 10kg.

Selain bertugas untuk menghantar bekalan ubat dan makan dikawasan yang sukar dicapai melalui laluan darat, dron-dron tersebut juga akan melakukan tugasan meninjau dan menyertai operasi mencari mangsa banjir.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY