Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Akan Tutup Kilang Di China Ekoran Penjualan Telefon Pintar Yang Semakin Merosot

Samsung Akan Tutup Kilang Di China Ekoran Penjualan Telefon Pintar Yang Semakin Merosot

Diterbitkan Disember 16, 2018 ยท Dikemas kini Disember 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Selain Amerika Syarikat dan India, China juga merupakan salah satu pasaran telefon pintar terbesar didunia. Walaupun menjadi syarikat nombor satu dalam pengeluaran peranti mudah alih bagi pasaran global, pegangan pasaran Samsung dinegara Tembok Besar itu semakin menurun.

Data kajian dari Counter Point menunjukkan pegangan pasaran Samsung di China menurun kepada hanya 1% pada suku ketiga 2018 berbanding 15% pada 2013 yang lepas.

Lanjutan daripada kemerosotan jualan serta peningkatan kos pembuatan, Samsung sudah mengesahkan mereka bakal menutup sebuah kilang (Samsung mempunyai dua kilang di China) terbesar mereka di Tianjin, China. Sementara itu fokus yang lebih akan diberi kepada sebuah lagi kilang yang terletak di Wilayah Guandong.

Persaingan dari jenama tempatan dan pasaran telefon pintar yang agak perlahan dilihat memberikan impak yang besar kepada penurunan jualan Samsung.

Namun begitu, Samsung mahu lebih fokus dengan fasiliti yang ada dan percaya pasaran akan kembali pulih pada 2019 serta tahun-tahun mendatang.

Sumber: South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY