Samsung Galaxy Fold 2 Bakal Hadir Dengan Kamera 108MP

Samsung dilihat semakin serius dalam membangunkan keupayaan kamera bagi peranti mercunya menjelang 2020.



Setelah pesaing utamanya iaitu Apple telah berjaya membuat penambahbaikan kamera pada siri Iphone 11 dengan memperkenalkan sistem “Deep Fusion”, Samsung dilihat sedang memberikan saingan kepada Apple dengan mengutamakan kemaskini “Hardware” berbanding “software”. Ia terbukti apabila pihak Samsung telah mengumumkan bahawa peranti mercu terbarunya iaitu Samsung Galaxy S11 bakal menggunakkan lensa 108MP generasi kedua.



Terbaru, menurut sumber dari gsmarena, peranti boleh lipat Samsung generasi kedua iaitu Samsung Galaxy Fold 2 bakal hasir dengan lensa utama 108MP beserta keupayaan 5X zum optikal.

Ia dijangka akan dilancarkan pada Februari 2020, namun akan dilancarkan secara berasingan dengan siri Galaxy S11. Menurut sumber lagi, berkemungkinan lensa 108MP generasi kedua itu juga bakal digunakan pada peranti mercu Samsung yang lain pada tahun hadapan.

Sumber:gsmarena