Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Khabar Angin) Rekaan Iphone 8 Mirip Dengan Samsung Galaxy S8

(Khabar Angin) Rekaan Iphone 8 Mirip Dengan Samsung Galaxy S8

Diterbitkan Mac 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Malam ini Samsung bakal melancarkan telefon flagship yang dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S8.

Tapi terdapat pula khabar angin bertiup mengatakan seteru utama mereka, Apple, menghasilkan iPhone 8 dengan rekaan yang hampir serupa dengan Galaxy S8.

Perkara ini telah diberitakan oleh laman iDROPNEWS, dimana sumber mereka memberitahu rekaan iPhone 8 terdapat banyak “kesalahan” dan tidak mengikut prototaip yang disediakan Apple.

Sebelum ini terdapat beberapa laman memberitakan bahawa iPhone 8 bakal dipasarkan dengan nama iPhone Edition.

Gambar berikut dipetik dari laman iDROPNEWS dan ia kelihatan hampir serupa dengan prototaip.

iPhone-Edition-Image-iDrop-News-

Gambar kedua pula adalah perbandingan dengan versi iPhone yang terdahulu.

Perbezaan ketara dapat dilihat pada bezel dan tanpa butang Home fizikal.

Walaupun begitu, iPhone masih mengekalkan kelebaran skrin  tetapi sedikit panjang.

Baik, sekarang kita lihat pula dengan model LG G6 dan Samsung Galaxy S8 pula.

G6-S8

Hampir sama bukan?

Dwi kamera iPhone sedikit berbeza dengan ia diletakkan secara menegak.

Selain itu dipercayai bahawa Apple tidak akan menggunakan gelas dan juga seramik untuk rekaan pada bahagian belakang sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Mereka mungkin mengekalkan rekaan besi pada bahagian belakang.

TouchID akan dipasang pada belakang skrin paparan tetapi iDROPNEWS pula membayangkan butang itu pada bahagian belakang telefon (mungkin berhampiran lensa kamera).

Untuk memastikan ini hanya khabar angin ataupun benar-benar rekaan terbaru, kita nantikan pelancarannya yang dijangka berlangsung pada bulan September ini.

Sumber: iDROPNEWS, The Next Web

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY