Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan Nintendo Switch 2 Dikongsikan, Saiz Besar Sedikit Berbanding Model Terdahulu

Rekaan Nintendo Switch 2 Dikongsikan, Saiz Besar Sedikit Berbanding Model Terdahulu

Diterbitkan Januari 10, 2025 ยท Dikemas kini Januari 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Kita sudah pun masuk ke tahun 2025 dan bagi peminat Nintendo, pasti ramai yang menantikan kehadiran pengganti Nintendo Switch. Jangan risau, nampaknya ia berkemungkinan akan dilancarkan sedikit masa sahaja lagi.

Berhubung dengan rekaan, Dbrand sebelum ini pernah “tidak sengaja” berkongsikan bagaimana rupa konsol terbaru itu. Nampaknya, rekaan tersebut sudah hampir pasti benar belaka.

Rekaan Nintendo Switch 2 Dikongsikan, Saiz Besar Sedikit Berbanding Model Terdahulu

Ini kerana OnLeaks menerusi 91mobiles memuat naik imej komputer rekaan “Nintendo Switch 2”. Walaupun ia nampak sama dengan pendahulunya, ia ada sedikit perbezaan.

Rekaan Nintendo Switch 2 Dikongsikan, Saiz Besar Sedikit Berbanding Model Terdahulu

Konsol permainan mudah alih terbaru ini dijangka hadir dengan panel OLED berkeluasan 8.4 inci. Terdapat juga butang kuasa dan butang laras audio pada atas kanan konsol, sementara slot kad permainan pada bahagian kiri di mana ia juga menyokong judul permainan Switch terdahulu.

Rekaan Nintendo Switch 2 Dikongsikan, Saiz Besar Sedikit Berbanding Model Terdahulu

Tambahan lagi, disertakan juga bicu audio 3.5mm dan port pengecasan USB-C. Beralih kepada alat kawalan Joy-Cons, ia tampak sama sahaja.

Memandangkan OnLeaks x 91mobiles mempunyai rekod cukup baik dalam mendedahkan rekaan peranti terbaru, ura-ura ini memang cukup kuat dan benar. Dengan ini, ia boleh disimpulkan yang memang itulah Switch 2 dan sekarang hanya perlu menunggu Nintendo mengumumkannya sahaja.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Nintendo Sahkan Konsol Pengganti Switch Akan Sokong Game Switch Sedia Ada
  • Dbrand Kongsikan Maklumat Rekaan Nintendo Switch 2
  • Imej Nintendo Switch 2 Yang Tertiris Kecewakan Para 'Gamers'

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY