Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Ultra leak_5

Rekaan Dan Spesifikasi Xiaomi 13 Ultra Didakwa Tertiris

Diterbitkan April 11, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, pelancaran Xiaomi 13 Ultra telah pun disahkan akan berlangsung di China pada bulan ini, serta akan hadir untuk pasaran global. Menjelang pelancarannya kelak, rekaan Xiaomi 13 Ultra didakwa telah tertiris.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Rasmi: Kamera 1 Inci Dan Leica
  • Xiaomi Bawa Masuk 4 Kamera "CCTV" Ke Malaysia, Harga Bermula RM149
  • Xiaomi 13 Ultra Sah Akan Hadir Untuk Pasaran Global

Dikongsi oleh Onleaks dan Smartprix, ia memperlihatkan rekaan Xiaomi 13 Ultra bersama sejumlah spesifikasi.

Xiaomi 13 Ultra leak_2

Rekaan tersebut menunjukkan bucu tepi melengkung dengan modul kamera bulat besar yang ditempatkan di tengah pada panel belakang. Sejumlah empat lensa dan LED diletakkan pada modul kamera. Tiada penjenamaan Leica yang kelihatan dalam rekaan tersebut, namun Xiaomi 13 Ultra telah pun disahkan hadir dengan teknologi daripada pembuat kamera terkenal itu.

Xiaomi 13 Ultra leak_4

Beralih ke bahagian sisi kanan, ia akan menempatkan butang kuasa bersama butang kelantangan. Bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 32MP.  Di bawah pula terdapat port USB-C, dulang SIM dan pembesar suara.

Xiaomi 13 Ultra dikatakan hadir dengan paparan melengkung bersaiz 6.7-inci 2K AMOLED bersama sokongan kadar segar semula 120Hz. Ukurannya pula adalah sekitar 163.18×74.64×9.57mm, dengan ketebalan termasuk bonggol kamera adalah 15.61mm.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/04/Xiaomi-13-Ultra-1.mp4

Selain itu, peranti ini dijangka akan dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 dengan gandingan sehingga 16GB RAM dan 512GB storan serta dimuatkan bateri berkapasiti 4,900mAh bersama sokongan pengecasan 90W.

Dari segi kamera, spekulasi mengatakan tetapan empat kamera akan diisi dengan 50MP sensor Sony IMX989 1-inci dan tiga lagi lensa yang juga 50MP.

Only a little different, compared with real phones. https://t.co/L6wjGIAUe8

— I'm back! (@UniverseIce) April 11, 2023

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter, peniris terkenal Ice Universe turut menyatakan hanya terdapat sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan peranti sebenar.

Sama ada benar atau tidak, nantikan maklumat rasmi dari semasa ke semasa, menjelang pelancarannya kelak.

Sumber: Smartprix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY