Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reka Bentuk Xiaomi Pocophone F1 Tertiris, Hadir Dengan Snapdragon 845 AIE

Reka Bentuk Xiaomi Pocophone F1 Tertiris, Hadir Dengan Snapdragon 845 AIE

Diterbitkan Ogos 8, 2018 oleh Haikel Areff

Xiaomi Pocophone F1 merupakan satu-satunya peranti keluaran Xiaomi yang menggunakan cip pemprosesan perdana dari Qualcomm, Snapdragon 845 yang masih belum dilancarkan.

Seperti yang kami nyatakan dalam kiriman sebelum ini, Xiaomi menjanjikan lima peranti yang menggunakan Snapdragon 845 iaitu Xiaomi Mi Mix 2S, Xiaomi Mi 8, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition, Xiaomi Black Shark, dan Xiaomi Pocophone F1.

Digembar-gemburkan sebagai peranti dengan Snapdragon 845 termurah, reka bentuk Pocophone F1 telah pun didedahkan di atas talian dan tular baru-baru ini.

Screen Shot 2018-08-08 at 3.31.13 PM-sideSumber : Slashleaks

Selain daripada reka bentuk, beberapa spesifikasi peranti ini juga dikatakan sudah tertiris melalui imej yang didedahkan. Ia menunjukkan bahawa peranti ini akan hadir dengan dwi-kamera hadapan 20MP dengan sokongan kecerdasan buatan(AI), sistem penyejukan cecair dan bateri berkapasiti 4,000 mAh.Screen Shot 2018-08-08 at 3.30.52 PM

Namun, apa yang menarik pada peranti ini ialah penggunaan cip Snapdragon 845 AIE-nya. Berbeza dengan cip Snapdragon 845 biasa, cip yang digunakan pada peranti ini lebih menfokuskan kepada fungsi AI.

Xiaomi Pocophone F1 dilaporkan akan dilancarkan pada 16 September ini namun sumber yang menyatakan demikian tidak terlalu kukuh. Mungkin kita akan dapat mendengar dengan lebih lanjut berkenaan peranti ini dalam masa terdekat.

 

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY