Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 9t

Redmi Note 9T Akan Turut Dilancarkan Pada 8 Januari Ini

Diterbitkan Januari 5, 2021 ยท Dikemas kini Januari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Semalam, kami telah melaporkan Xiaomi akan melancarkan Redmi 9T untuk pasaran global pada 8 Januari 2021. Terbaru, halaman Facebook Xiaomi Global kini mengesahkan Redmi Note 9T akan turut diperkenalkan pada pelancaran itu nanti.

pelancaran Redmi Note 9T

Melihat pada rekaan belakang peranti, ia dimuatkan modul kamera berbentuk bulat yang diletakkan dengan tetapan tiga kamera. Kemungkinan Redmi Note 9T adalah penjenamaan semula dari Redmi Note 9 5G yang dilancarkan di China pada 26 November tahun lalu.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dijangka akan dilengkapi skrin berukuran 6.53-inci LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 13MP. Ia dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U dengan RAM sehingga 8GB.

Untuk maklumat rasmi mengenai Redmi Note 9T, nantikan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 8.00 malam, 8 Januari 2021.

Sumber: Xiaomi Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY