Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini

Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini

Diterbitkan Januari 4, 2021 · Dikemas kini Januari 4, 2021 oleh Helmi Samsuri

Xiaomi kini nampaknya tidak mahu berlengah lagi dalam memulakan tahun 2021 dimana pada 8 Januari, sebuah peranti bakal diperkenalkan. Peranti yang dimaksudkan adalah Redmi 9T.

Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini

Seperti biasa, apabila menjelang hari pelancaran tersebut, banyak perkongsian peranti dibuat. Antaranya ialah penampakan rupa bentuk peranti yang didatangkan dengan empat kamera belakang.

Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini

Spekulasi turut kedengaran yang mana Redmi 9T mungkin hadir dengan spesifikasi lebih kurang seperti POCO M3. Ia dikatakan dilengkapi dengan Snapdragon 662, pilihan RAM sehingga 6GB dengan storan sehingga 128GB.

Redmi 9T juga mungkin tampil dengan paparan 6.53 inci dari jenis IPS serta sokongan resolusi Full HD+. Selain itu, kelengkapan kamera pula terdiri daripada 8MP untuk rakaman hadapan. Disebelah belakang pula mempunyai 48MP, 2MP makro, 2MP depth dan tambahan 8MP untuk sudut luas.

Peranti ini dijangka dijana dengan bateri 6000mAh dan buat masa sekarang, setiap spesifikasi yang disebutkan hanyalah berdasarkan khabar angin yang bertiup ketika ini. Untuk maklumat rasmi serta harga pasaran tempatan, bolehlah kita nantikan tarikh 8 Januari depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY