Redmi Note 9 Pro 5G
Redmi Note 9 Pro 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.67 inci LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang yang memuatkan kamera swafoto 16MP.
Peranti ini menyokong kadar segar semula 120Hz dengan input sentuhan 240Hz. Ia dijana cip pemproses Snapdragon 750G yang menyokong rangkaian 5G. Dari segi memori pula, ia hadir dengan RAM sehingga 8GB serta pilihan storan sehingga 256GB.
Redmi Note 9 Pro 5G menampilkan tetapan empat lensa dengan muatan 108MP f/1.75 utama. Tiga lagi lensa terdiri daripada 8MP f/2.2 sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth.
Peranti juga mendapat perlindungan Gorilla Glass 5. Antara lainnya adalah mempunyai bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo. Ia mempunyai bateri berkapasiti 4820mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W melalui USB Type-C.
Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Lake Light & Autumn Scenery, Blue Sea & Stars dan Silent Sky.
Redmi Note 9 5G
Redmi Note 9 5G merupakan model dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Redmi Note 9 Pro 5G. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.53 inci LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang di hujung kiri yang menempatkan kamera swafoto 13MP.
Dari segi janaan kuasa, Redmi Note 9 5G dikuasakan cip pemproses Dimensity 800U serta RAM sehingga 8GB. Kapasiti storan dimuatkan dengan pilihan sehingga 256GB yang berasaskan UFS 2.2.
Peranti ini menampilkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.
Redmi Note 9 5G mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W melalui USB Type-C. Peranti ini juga didatangkan dengan perlindungan Gorilla Glass 5, pengesahan cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo.
Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Cloud Gray, Shadow Purple dan Castle Peak.
Harga
Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G.
Redmi Note 9 5G
- 6GB+128GB - 1299 yuan (~RM803)
- 8GB+128GB - 1499 yuan (~RM927)
- 8GB+256GB - 1699 yuan (~RM1,050)
Redmi Note 9 Pro 5G
- 6GB+128GB - 1599 yuan (~RM988)
- 8GB+128GB - 1799 yuan (~RM1,112)
- 8GB+256GB - 1999 yuan (~RM1,236)
Buat masa ini, siri Redmi Note 9 5G hanya dilancarkan untuk pasaran China dan belum diketahui bila ia akan memasuki pasaran global yang lain.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- Orang Ramai Dilarang Terbang Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan - CAAM
- Samsung Wallet Akan Tersedia Di Malaysia Pada Akhir Januari Ini
- Apple Paten 'Case' AirPods Dengan Paparan Skrin Sentuh Terbina
- Seorang Pengguna Lapor Apple Watch Series 7 Terlalu Panas Dan Meletup
- Mi 11 Ultra Sah Akan Menggunakan Sensor Samsung ISOCELL GN2
- Redmi Note 9 Pro Tersenarai Dalam Android Enterprise Recommended
- Antaramuka Baharu Google Maps Bakal Hadir Dengan Butang Lebih Besar
- Samsung Galaxy S20 FE Dijual Di Malaysia Berharga RM3399, Pra Tempahan Bermula 24 September
- Xiaomi Beri Powerbank 20,000mAh Secara Percuma Kepada Media Di Istana Negara
- Kerajaan Umum Inisiatif e-Baucar Program Jualan Malaysia Bermula 30 Ogos