Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 9 Versi Asas Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G85, Bateri 5020mAh, Kuad Kamera 48MP

Redmi Note 9 Versi Asas Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G85, Bateri 5020mAh, Kuad Kamera 48MP

Diterbitkan April 30, 2020 · Dikemas kini April 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini Xiaomi telah melancarkan beberapa model dalam siri Redmi Note 9 untuk pasaran global. Walaupun ada model daripadanya iaitu Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9 Pro Max telah diumumkan sebelum ini, Xiaomi telah menambah model baharu sebagai pelengkap kepada siri tersebut iaitu Redmi Note 9.

Redmi Note 9 merupakan versi atau model asas dalam siri Note 9. Model ini mempunyai spesifikasi sedikit rendah untuk membezakan dirinya dengan model-model lain dalam siri tersebut. Dari segi keseluruhan walau bagaimanapun, peranti memiliki rupa paras hampir sama berbanding model abang-abangnya.

Bermula dengan paparan, ia berukuran sedikit kecil 6.53 inci IPS LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat juga takuk seumpama pada Redmi Note 9 Pro dan Pro Max yang memuatkan sensor swafoto 13 MP.

Image

Selain itu, cip yang digunakan juga berbeza, untuk Redmi Note 9, ia menggunakan cip MediaTek Helio G85. RAM yang dibekalkan juga adalah sedikit kecil bermula 3GB dan 4GB untuk varian tertinggi. Manakala untuk storan dalaman adalah 64GB/128GB UFS 2.1.

Image

Kamera belakang terdiri daripada 4 lensa dengan 48 MP (f/1.8) utama, 8 MP (f/2.2) sudut lebar, 2 MP depth. dan 2 MP (f/2.4) makro. Konfigurasi kamera ini adalah sama jika dibandingkan dengan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9S (Malaysia).

Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan bateri berkapasiti 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti adalah pengimbas cap jari pada bahagian belakang, bicu audio 3.5mm, dan USB-C.

Image

Redmi Note 9 dijual untuk pasaran global pada harga $199 (~RM855) untuk varian 3GB/64GB manakala $249 (~RM1,070) untuk model 4GB/128GB. Terdapat 3 pilihan warna yang boleh dipilih dari Forest Green, Polar White, dan Midnight Grey.

Image

Selain model tersebut, pihak Xiaomi juga turut melancarkan model Redmi Note 9S dan Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global. Jika anda keliru dengan model dan penamaan siri Redmi Note 9 ini, anda boleh rujuk jadual di bawah.

Pasaran India

  • Redmi Note 9 Pro Max
  • Redmi Note 9 Pro
  • Redmi Note 9 (Tiada)

Pasaran Global (Artikel Ini)

  • Redmi Note 9 Pro
  • Redmi Note 9S
  • Redmi Note 9

Pasaran Malaysia

  • Redmi Note 9 Pro/Max (Tiada)
  • Redmi Note 9S
  • Redmi Note 9 (Tiada)

Untuk pasaran Malaysia, belum lagi diketahui sama ada model asas Redmi Note 9 ini akan hadir atau tidak. Sedangkan model paling berkuasa ‘Pro’ Redmi Note 9 ini pun, pengguna Malaysia masih belum sempat merasanya.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY