Ia merupakan model yang sama diperkenalkan sebelum ini iaitu Redmi Note 9 Pro. Bagi yang belum maklum mengenai spesifikasi yang ditawarkan, Redmi Note 9s dilengkapi dengan cip Snapdragon 720G.
Bahagian paparan peranti memperagakan LCD bersaiz 6.67 inci bernisbah 20:9 yang menyokong resolusi Full HD+. Meletakkan kamera hadapan pada rekaan DotDisplay ia menggunakan lensa 16MP.
Rakaman belakang pula dipersenjatakan dengan kuad kamera dibarisi kamera 48MP utama + 8MP sudut lebar + 5MP makro + 2MP depth. Beralih ke komponen dalaman peranti, memori RAM yang digunakan adalah 4GB dan 6GB sementara ruang storan antara 64GB serta 128GB.
Menguatkan lagi penawaran kali ini adalah bateri berkapasiti 5020mAh yang dicas menerusi pengecasan pantas 18W. Bagi ciri nyahkunci biometrik ia menyediakan imbasan wajah serta cap jari yang disisipkan pada bahagian butang kuasa.
Redmi Note 9S turut menyertakan bicu audio 3.5mm dan dilindungi Corning Gorilla Glass 5 dibahagian depan dan belakang.
Untuk jualan pasaran tempatan, bagi variasi 4GB+64GB ia dijual pada harga RM799 dan model RAM 6GB+128GB nilai yang diletakkan adalah RM899. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan harga lebih murah, Xiaomi akan menawarkan Redmi Note 9S (4GB+64GB) pada harga RM699 pada 27 Mac ini.
Berkaitan
- Huawei P30 Dan P30 Pro Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 2 April Ini
- EMUI 9 Sekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti Huawei Dan Honor.
- Xiaomi Mi A1 Dilihat Dijual Pada Harga Terendah Setakat Ini
- Hotlink Tawar 62GB Data Percuma Bagi Meraikan 62 Tahun Kemerdekaan Malaysia
- Mi Mix 3 Mula Dijual 12 Januari, Harga Bermula Dari RM2199
- OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad Bakal Diperkenalkan Untuk Peminat Tempatan
- Gambar Model Drone Keluaran GoPro Tertiris
- Jualan Telefon Pintar Xiaomi Meningkat 9% Bagi Suku Pertama 2020
- 10 Peranti Berprestasi Terbaik Bagi Bulan Mac 2019 Oleh Antutu
- Rakyat Malaysia Lakukan 6000 Tempahan Dalam Masa Sejam Pada Jualan 11.11 Tempoh Hari