Redmi Note 9 Pro Dijual Berharga RM 1099 Di Malaysia, Redmi Note 9 Pula Bermula RM 649

Seperti yang diketahui umum, pihak Xiaomi Malaysia telah sedia memperkenalkan model Redmi Note 9S pada penghujung Mac lalu. Namun, model ini bukanlah satu-satunya peranti yang berada dalam siri Redmi Note 9.

Jadi hari ini, Xiaomi telah mengumumkan penambahan model Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro sebagai pelengkap kepada siri berkenaan. Model-model yang dilancarkan ini merupakan model asas (Redmi Note 9) dan juga model dengan spesifikasi tertinggi (Redmi Note 9 Pro) untuk siri Redmi Note 9.

Redmi Note 9


Redmi Note 9 hadir dengan paparan 6.53" Full HD+ IPS LCD dan juga cip pemprosesan MediaTek Helio G85. Terdapat 4 lensa dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth dan 2MP makro. Manakala untuk swafoto pula ia mempunyai sensor 13MP.

Redmi Note 9 and global Note 9 Pro announced - GSMArena.com news

Peranti ini hadir dalam 2 varian memori iaitu 3GB/64GB dan 4GB/128GB. Kapasiti bateri adalah sebesar 5,020mAh dan serta dilengkapi pengecasan pantas 18W. Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti adalah pengimbas cap jari pada bahagian belakang, bicu audio 3.5mm dan pemancar IR.



Peranti ini dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM 649 untuk model 3GB/64GB dan RM 749 untuk 4GB/128GB. Pembelian peranti boleh didapati melalui Shopee bermula 18 Mei.

Untuk model 3GB/64GB anda boleh mendapat harga serendah RM 599 melalui jualan kilat pada tarikh tersebut. Model 4GB/128GB pula boleh dipra-tempah bermula 11-17 Mei dan bakal menerima Redmi Powerbank 10,000mAh secara percuma.

Redmi Note 9 Pro


Selaku abang sulung dalam siri Redmi Note 9 Pro, ia merupakan penawaran dengan spesifikasi tertinggi untuk siri Redmi Note 9. Namun begitu, spesifikasi utama peranti adalah hampir sama dengan Redmi Note 9S yang telah dilancarkan sebelum ini dengan hanya sedikit perbezaan sahaja.

Redmi Note 9 Pro hadir dengan paparan 6.67" Full HD panel IPS LCD. Ia dijana oleh cip Snapdragon 720G dengan padanan memori 6GB/128GB. Bateri pula bersaiz 5,020mAh menggunakan USB-C.

Apa yang berbeza untuk versi Pro ini adalah sistem kameranya dan pengecasan pantasnya. Peranti ini menggunakan tetapan 4 lensa dengan 64MP utama + 8MP sudut lebar + 5MP makro + 2MP depth. Kamera swafoto pula dipertingkatkan kepada 32MP berbanding 16MP pada Redmi Note 9S.

Image

Untuk Redmi Note 9 Pro, ia menyokong pengecasan pantas jauh lebih pantas pada 33W. Antara ciri-ciri lain peranti adalah dimuatkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan juga pemancar IR.



Redmi Note 9 Pro dijual di Malaysia berharga RM 1,099. Pembelian peranti boleh didapati melalui Lazada dan pengedar sah bermula 18 Mei. Namun pengguna boleh membuat pra-tempahan bermula 11-17 Mei dan bakal menerima Redmi Powerbank 10,000mAh secara percuma.

 

Berkaitan