Terbaru, Redmi Note 9 4G dengan nombor model M2010J19SG dilaporkan telah menerima pensijilan EEC. Peranti ini dijangka akan dilancarkan sebagai Redmi Note 9 untuk pasaran global.
Bagaimanapun, buat masa ini belum ada pengumuman rasmi dari Xiaomi yang berkaitan pelancaran global peranti berkenaan.
Mengimbas kembali, Redmi Note 9 4G hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci LCD, resolusi Full HD+ serta paparan bertakuk yang memuatkan kamera swafoto 8MP.
Cip pemprosesan pula dijana oleh Qualcomm Snapdragon 662. Konfigurasi memori adalah bermula dari 4GB sehingga 8GB serta storan dalaman 128GB sehingga 256GB yang berasaskan UFS 2.2. Dari segi kamera, Redmi Note 9 4G dimuatkan tiga kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP depth.
Antara lainnya adalah bateri berkapasiti 6000mAh, sokongan pengecasan 18W menggunakan USB Type-C, mempunyai pembesar suara stereo dan sebagainya.
Sumber: Twitter Mukul Sharma
Berkaitan
- Lebih Jimat Belanja Di Lazada Sepanjang Mac, Ada Diskaun Sehingga 90%
- 22% Lebih Murah, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Diperkenal Dengan Harga RM69/Sebulan
- vivo Y50 Dengan Varian 6GB RAM Akan Dilancarkan Dengan Harga RM799 Pada 12 Jun Ini
- Samsung Galaxy S20 FE Dijual Di Malaysia Berharga RM3399, Pra Tempahan Bermula 24 September
- Kabel Thunderbolt 3 Pro Dari Apple Kini Rasmi Dijual Pada Harga RM649
- GoPro Hero 11 Dan Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM1,979
- Siri Redmi Note 10 Disahkan Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 108MP
- Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro - Harga Bermula RM2,499
- Apple iPad Gen-8 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,449
- Siri realme 12 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1499