Redmi Note 9 4G Turut Diumumkan - Snapdragon 662, Kamera 48MP Dan Bateri 6000mAh

Selain Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G, Xiaomi turut mengumumkan Redmi Note 9 4G. Ia merupakan model dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding kedua-dua model berkenaan.

Redmi Note 9 4G

Redmi Note 9 4G hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci LCD, resolusi Full HD+ serta paparan bertakuk yang memuatkan kamera swafoto 8MP.

Cip pemprosesan pula dijana oleh Qualcomm Snapdragon 662. Konfigurasi memori pula adalah bermula dari 4GB sehingga 8GB serta storan dalaman 128GB sehingga 256GB yang berasaskan UFS 2.2.

Redmi Note 9 4G

Dari segi kamera, Redmi Note 9 4G dimuatkan tiga kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP depth. 



Bateri pula berkapasiti 6,000mAh yang merupakan kapasiti bateri paling besar antara ketiga-tiga model yang dilancarkan. Selain itu, ia didatangkan dengan sokongan pengecasan 18W menggunakan USB Type-C. Namun, terdapat pengecasan 22.5W yang disediakan dalam kotak pembelian. Peranti ini turut menyokong pengecasan berbalik 2.5W.

Redmi Note 9 4G

Antara lainnya adalah mempunyai perlindungan Gorilla Glass 3, dilengkapi pembesar suara stereo dengan bicu audio 3.5mm. Untuk warna, terdapat 4 pilihan iaitu Hijau, Biru, Jingga dan Hitam.

Redmi Note 9 4G dijual berharga:

  • 4GB+128GB - 999 yuan (~RM617) 

  • 6GB+128GB - 1099 yuan (~RM679)

  • 8GB+128GB - 1299 yuan (~RM803)

  • 8GB+256GB - 1,499 yuan (~RM927) 


Sama seperti siri Redmi Note 9 5G, peranti ini hanya dilancarkan untuk pasaran China dan belum diketahui bila ia akan memasuki pasaran global yang lain.

Sumber: Xiaomi