Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Diterbitkan Mac 19, 2019 ยท Dikemas kini Mac 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Seperti yang telah dijanjikan, Mi Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi Redmi Note 7 untuk pasaran tempatan pada sebuah acara yang berlangsung sebentar tadi.

Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Membuat kemunculan awal dipasaran China dan India, Redmi Note 7 hadir dengan skrin paparan 6.3 inci, dikuasakan oleh cip Snapdragon 660, dan dijana dari bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Bagi tetapan kamera, ia diletakkan dengan dwi kamera gabungan sensor 48MP (Samsung GM1) beserta sensor 5MP. Rakaman foto bahagian hadapan menampilkan lensa 13MP.

Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Peranti ini dijual pada harga RM679 (RAM 3GB/32GB), RM799 (RAM 4GB/64GB) dan RM 949 (RAM 4GB/128GB). Peranti ini akan mula dijual pada 27 Mac ini dan ia akan disertakan dengan jaminan selama 18 bulan.

Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Turut sama diperkenalkan adalah Redmi 7 yang datang dengan skrin paparan 6.26 inci HD+, Snapdragon 632,dwi kamera belakang gabungan lensa 12MP+2MP, dan kamera hadapan 8MP.

 

Redmi Note 7 Dan Redmi 7 Dijual Pada Harga Bermula RM 679 Dan RM499

Menawarkan dua pilihan memori iaitu RAM 2GB/16GB dan RAM 3GB/32GB yang mana masing-masing didagangkan pada harga RM 499 dan RM599. Tarikh jualan juga bermula pada 27 Mac 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress