Redmi telah mengesahkan pelancaran global bagi Redmi Note 12 Pro+ dijadualkan berlangsung pada 5 Januari 2023 di India. Ini merupakan peranti pertama Redmi yang hadir dengan tetapan kamera 200MP.
Greatest ever π§ππ¨π€π‘πͺπ©ππ€π£ on a smartphone camera = #RedmiNote12 Pro+ 5G! π
This πππππ camera on the #SuperNote is the only camera you'll ever need. π
P.S. Your ππ:ππ wish is about to come true on 05.01.2023!π€©
Stay tuned: https://t.co/bSN7VljgxA pic.twitter.com/u6wN6jN8M9
— Redmi India (@RedmiIndia) December 12, 2022
Setakat ini, tidak banyak yang didedahkan mengenai spesifikasi utama. Juga, belum dapat dipastikan bilangan model dalam siri Redmi Note 12 yang akan diperkenalkan pada acara itu kelak. Di China, terdapat Redmi Note 12 Discovery, iaitu versi Pro+ dengan pengecasan 210W, namun ia mungkin kekal eksklusif bagi pasaran negara itu sahaja.
Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya menjelang acara pelancaran pada 5 januari depan.
Sumber: Redmi
