Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Redmi Note 12 Hadir Dengan Pengecas Terpantas 210W

Siri Redmi Note 12 Hadir Dengan Pengecas Terpantas 210W

Diterbitkan Oktober 29, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 29, 2022 oleh ariff bukhari

Redmi baru sahaja melancarkan barisan model terbaru telefon pintar mereka bagi siri Redmi Note 12 iaitu Note 12 5G, Note 12 Pro, Note 12 Pro+ dan Redmi Note 12 DISCOVERY EDITION.

Tetapi dalam siri Note 12 itu, model yang paling menarik perhatian adalah Redmi Note 12 DISCOVERY EDITION.

Ini kerana bateri telefon pintar itu mampu dicas penuh 100% hanya dalam masa 9 minit sahaja.

Redmi Note 12 DISCOVERY EDITION dilengkapi dengan pengecas berkuasa HyperCharge 210W di mana ia dijana oleh 3 cip pengecas pantas 100W bagi memaksimakan kuasa pengecasan.

Untuk bateri peranti itu pula yang berkapasiti 4300mAh, ia menggunakan material dan struktur rekaan bateri yang baharu.

Redmi Note 12 DISCOVERY EDITION dilengkapi dengan skrin OLED 6.67-inci (2400×1080) dengan kadar segar 120Hz serta menyokong Dolby Vision dan HDR10+.

Ia juga dilengkapi dengan 3 kamera di mana ia menggunakan sensor dari Samsung HPX bagi kamera utama 200MP nya, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro serta 16MP bagi kamera hadapan.

Dioperasikan oleh sistem Android 12, Redmi Note 12 DISCOVERY EDITION dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1080 dengan 8GB RAM dan storan 256GB.

Harga yang ditawarkan pula cukup menarik iaitu hanya USD330 (~RM1558) sahaja.

Sumber: PCMag, Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY