Redmi K30 Ultra Dilancarkan - Dijana MediaTek Dimensity 1000+ Dan Paparan 120Hz

Xiaomi di China hari ini telah mengadakan acara pelancaran telefon pintar flagship terbaharu iaitu Mi 10 Ultra. Turut sama muncul dipentas utama adalah Redmi K30 Ultra yang dijana oleh cip pemprosesan berkuasa MediaTek Dimensity 1000+(rangkaian 5G).



Sekali imbas, luarannya kelihatan sama seperti model Redmi K30 Pro yang dilancarkan sebelum ini. Kamera 20MP hadapan menggunakan mekanisme terangkat sementara bahagian belakang dengan rekaan modul bulat. Rakaman belakang ditugaskan kepada lensa utama 64MP ditemani 13MP ultra lebar, 5MP telemacro dan 2MP depth.

Konfigurasi pula ditawarkan dengan RAM 6GB/128GB, RAM 8GB/128GB, RAM 256GB, RAM 8GB/512GB.

Ukuran paparan masih sama seperti model terdahulu dengan saiz 6.67 inci dari jenis AMOLED. Ia juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan yang tinggi sehingga 1200nit.

Xiaomi turut membekalkan kapasiti bateri 4500mAh yang boleh diisi penuh dengan pengecasan pantas 33W. Lain-lain spesifikasi yang disertakan pada penawaran kali ini adalah pembesar suara dwi-stereo, NFC, IR blaster, bicu audio 3.5mm dan 3MIC Audio Zoom.

Sumber: Xiaomi