Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi k30…

Redmi K30 5G Diumumkan- Paparan 120Hz Dan Sony IMX686 64MP

Diterbitkan Disember 10, 2019 · Dikemas kini Disember 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kehadiran Redmi K30 sudah dibualkan buat beberapa ketika dan ia rasmi diumumkan di China hari ini. Diperkasakan dengan cip pemproses Snapdragon 765G, ia bakal membawakan sokongan rangkaian 5G kepada Redmi K30 5G. Ia turut ditawarkan dalam versi 4G yang mana ia dikuasakan cip Snapdragon 730G.

Menariknya tentang peranti ini, ia turut dimuatkan dengan sensor Sony 64MP IMX686 menjadikannya sebagai yang pertama bakal berada dipasaran.

redmi k30

Dari segi spesifikasi, Redmi K30 tampil dengan paparan LCD 6.67 inci Full HD+ (1080×2400) serta menyokong kadar penyegaran 120Hz, menjadikannya yang peranti pertama dari Redmi dengan ciri ini. Panel depan dan belakang dilindungi Corning Gorilla Glass 5. Redmi K30 juga mempunyai rekaan melengkung 3D bagi memberi keselesaan ketika memegang peranti.

redmi k30

Bagi konfigurasi memori, pengeluar menyediakan variasi 6GB/64GB, 8GB/128GB dan 8GB/256GB sebagai pilihan kepada pengguna. Selain sensor 64MP, kuad kamera bahagian belakang akan menempatkan sensor 8MP ultra lebar, 5MP makro (2MP makro untuk versi 4G) serta 2MP untuk kedalaman imej. Sementara itu, kamera hadapan digalas oleh dwi kamera 20MP+2MP. Fungsi imbasan cap jari pula terletak pada sisi peranti.

Menjana peranti dari dalam adalah bateri berkapasiti 4500mAh yang digandingkan dengan pengecasan pantas 30W (27W untuk versi 4G). Spesifikasi lain yang dimuatkan adalah bicu audio 3.5mm, dwi frekuensi GPS, NFC, Bluetooth 5.0 dan sokongan audio Hi-Res.

Harga bagi versi 5G diletakkan pada paras bermula 1999 yuan (~RM1183) sehingga 2199 yuan (~RM1715), manakala versi 4G pula antara 1599 yuan (~RM946) sehingga (~RM1301). Akan menjalankan sistem MIUI 11 berasaskan Android 10, ia ditawarkan dengan warna Purple Jade, Deep Sea Gleam, White dan Reddish Orange.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY