Redmi 8A Dual Dilancarkan - Snapdragon 439, Pengecasan USB-C Dan Bateri 5000mAh

Xiaomi nampaknya tidak berdiam diri dengan pelancaran realme C3 minggu lepas. Jenama tersebut hari ini telah mengumumkan pesaingnya iaitu Redmi 8A Dual di India.

Peranti ini merupakan model kemaskini kepada Redmi 8A yang telah dilancarkan 4 bulan lalu. Sebagaimana Redmi 8A yang asal, model Redmi 8A Dual ini masih juga merupakan kelas permulaan namun ia menggunakan tetapan dwi-kamera pula di belakangnya.

Spesifikasi


Redmi 8A Dual menggunakan 6.22 inci HD+ jenis IPS LCD dengan takuk kecil. Skrin mempunyai nisbah 19:9, dilindungi kaca Gorilla Glass 5 dan juga dagu yang memuatkan logo Redmi.

Di dalam, Xiaomi tidak mengubah apa-apa. Ia masih lagi menggunakan Snapdragon 439 dengan pilihan memori 2GB/32GB atau 3GB/32GB. Terdapat juga sokongan kad microSD untuk penambangan ruangan.

Bahagian kamera belakang menerima sedikit penambahbaikan dengan 2 lensa iaitu 13MP utama dengan 2MP lensa depth. Kamera swafoto pula bersaiz 8MP.



Peranti dimuatkan dengan bateri bersaiz 5,000mAh dengan pengecasan menggunakan USB Type-C. Ia tidak mengejutkan kerana pengecasan jenis ini sudah digunakan seawal model Redmi 8 lagi. Peranti juga menyokong sehingga 18W pengecasan pantas.

Ciri-ciri menarik yang lain adalah peranti dilindungi dengan saduran kalis renjisan air P2i dan juga rekaan Aura XGrip baharu untuk genggaman lebih baik.



Untuk warna terdapat 3 pilihan iaitu Sea Blue, Sky White dan juga Midnight Gray.

Harga


Peranti ini hanya dilancarkan di India sahaja ketika ini. Ia dijual pada harga Rs 6,499 (~RM377) untuk varian 2GB/32GB dan Rs 6,999 (~RM406) untuk varian 3GB/32GB. Belum diketahui lagi sama ada ia akan dibawa ke pasaran Malaysia atau tidak.

Sumber: Android Central