realme C3 Dilancarkan - Peranti Kelas Permulaan Dengan Helio G70 Dan Bateri 5000mAh

Siri 'C' dalam keluarga realme merupakan penawaran jenama tersebut untuk kelas permulaan. realme C2 sebelum ini merupakan antara peranti yang popular disebabkan harga yang rendah. Jadi hari ini di India, realme telah melancarkan model pengganti mereka iaitu realme C3.

Peranti ini dijana oleh cip Helio G70 dari MediaTek dengan proses 12nm  yang memfokuskan gaming untuk peranti bajet. Peranti ini merupakan yang pertama menggunakan cip berkenaan. Dari segi perbandingan, prestasi CPUnya adalah hamper sama dengan Snapdragon 710. Terdapat 2 pilihan storan iaitu 3GB/32GB dan juga 4GB/64GB. Storan juga boleh ditambah melalui kad microSD.

Untuk skrin, ia bersaiz 6.5 inci dan juga dimuatkan dengan takuk kecil yang menempatkan 5MP kamera swafoto. Resolusi skrin adalah HD+ sahaja, nisbah 20:9 dan mempunyai 89.8% nisbah skrin ke badan.



realme C3 menggunakan tetapan 2 kamera belakang iaitu 12MP (f/1.8) utama dan 2MP (f/2.4) lensa depth.

Menariknya mengenai peranti ini, ia dimuatkan dengan antaramuka baru realme UI yang berasaskan Android 10. Terdapat juga fungsi perkongsian muzik dwi mod. Dengan fungsi ini, muzik boleh dimainkan melalui bicu 3.5mm audio dan juga Bluetooth kedua-duanya sekaligus.

 

Dengan berat peranti 195 gram, ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh. Namun sayangnya, ia masih menggunakan micro USB. Selain itu, terdapat fungsi pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.

Realme C3 is official with Realme UI,  MediateK G70

 

Terdapat 2 pilihan warna terang pilihan iaitu Blazing Red dan Frozen Blue. Melihatkan pilihan warna yang ada, jelas peranti disasarkan kepada golongan muda.

Realme C3 is official with Realme UI,  MediateK G70

Di India, realme C3 dijual bermula dari INR6,999 (~RM404) untuk memori 3GB/32GB dan INR7,999 (~RM462) untuk 4GB/64GB. Untuk pasaran tempatan, ayuh sama-sama kita menunggu model ini tiba ya.