Redmi 8 Dilancarkan Di Malaysia - 5000mAh, 3GB/32GB Bermula RM499

Ketua teknologi global Xiaomi hari ini memperluaskan siri terlaris Redmi mereka dengan Redmi 8 yang telah diperbaharui dan dinaik taraf dengan segala penambahbaikan.

Bermula pada tanda harga RM499, Redmi 8 dihadirkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang besar, membolehkan pengguna untuk menggunakan telefon pintar mereka dalam masa yang lama selepas ia dicas.

Xiaomi sekali lagi menetapkan standard untuk semua pelanggan agar dapat mengalami pengalaman yang lebih baik dengan memperkenalkan sokongan pengecasan pantas USB-C 18W untuk kali pertama dalam harga ini.



"Siri Redmi sangat popular di Malaysia dan ia tidak perlu untuk dipersoalkan lagi. Terkenal dengan ciri-ciri dan reka bentuk yang berkualiti tinggi, bersama-sama dengan tanda harga yang disukai ramai. Redmi 8 meneruskan warisan siri Redmi sebagai telefon pintar yang baik untuk menjalankan tugasnya setiap hari kerana mempunyai bateri yang boleh bertahan lama", kata Allen An, Pengurus Xiaomi Malaysia dan Singapura.

Redmi 8

Hadir dengan skrin 6.22 inci HD+ LCD dengan takuk ‘waterdrop’ dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5. Menggunakan cip Snapdragon 439 (8 Cortex-A53) dengan kelajuan 2.0Ghz. Tersedia dengan pilihan model RAM dan storan dalaman 3GB/32GB serta 4GB/64GB. Juga terdapat sokongan microSD sehingga 256GB.

Redmi 8 mempunyai 2 kamera (12MP, f/1.8) menggunakan sensor Sony IMX363 yang digunapakai dalam kebanyakan model dan kamera swafoto pula bersaiz 8MP manakala perisian menggunakan MIUI 10 berasaskan Android 9 Pie.



Xiaomi Redmi 8 hadir dengan 3 warna Sapphire Blue, Onyx Black and Ruby Red.

Harga Redmi 8

Redmi 8 versi 4GB/64GB akan tersedia bermula 12 Oktober 2019 dan akan dijual pada harga RM599. Bagi setiap pembelian bagi versi ini nanti, pelanggan layak untuk mendapatkan pembesar suara bluetooth Mi Compact  2. Promosi terhad ini hanya sah buat pembelian yang dilakukan di Lazada, Shopee dan semua Kedai Mi yang sah di Malaysia.

Bagi Redmi 8 untuk versi 3GB/32GB pula, ia akan mula tersedia pada 18 Oktober 2019 ini dengan harga RM499. Versi ini juga akan tersedia secara eksklusifnya di Lazada dan Shopee.

Berkaitan