
Xiaomi menjadikan skrin paparan bernisbah 18:9 sebagai tema utama untuk kedua-dua versi peranti Redmi 5 mereka ditambah dengan cip pemprosesan Qualcomm kelas pertengahan dan permulaan.
Redmi 5
Peranti kelas permulaan ini menampilkan skrin paparan 5.7" inci dengan resolusi 1440 x 720. Cip Qualcomm Snapdragon 450 digunakan sebagai pemacu peranti digandingkan bersama-sama cip grafik Adreno 506. Ruang memori RAM adalah sebesar 2GB manakala ruang ROM pula adalah 16GB. Peranti ini juga menyokong kad memori microSD sehingga 128GB.
Kamera utama menggunakan kamera 12MP sementara kamera hadapan menggunakan kamera 5MP. Pengimbas cap jari disertakan sekali dan kedudukannya berada di bahagian belakang peranti. Xiaomi menyertakan bateri berkapasiti 3,300 mAh untuk Redmi 5.

Redmi 5 Plus
Untuk versi yang lebih besar pula, Redmi 5 Plus membawakan skrin paparan 5.99" inci bersama-sama resolusi 2160 x 1080. Peranti ini menggunakan cip Qualcomm pertengahan iaitu Snapdragon 625 bersama-sama cip grafik Adreno 506. Ruang memori yang ditawarkan pula adalah berbentuk 4GB RAM dan 64 GB untuk ROM. Kad microSD juga disokong untuk peranti ini sehingga 128GB.
Selain daripada bateri berkapasiti 4,000 mAh, perkakasan lain adalah sama seperti apa yang ditawarkan untuk Redmi 5.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman Facebook rasmi Mi Malaysia dan untuk membeli peranti Redmi 5/Plus, bolehlah pergi ke laman Mi Store di Lazada.
Berkaitan
- Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia
- ZenBook Pro 15 Kini Di Malaysia Dilengkapi Dengan Skrin Pada Pad Sesentuh, Harga Bermula Dari RM 5,999 Hingga RM 10,999
- Asus Malaysia Menawarkan Komputer Riba ROG Pada Harga Istimewa
- #GMW - Pemenang Giveaway Mingguan Wiser (21 Jun - 25 Jun 2021)
- Xiaomi Dikhabarkan Sedang Bekerja Dengan Google Untuk Peranti Android One Seterusnya
- Imej Yang Tertiris Mungkin Dedahkan Harga Jualan Untuk OnePlus 6
- Senarai Harga Kad Grafik Siri RTX 3070 Ti Dan RTX 3080 Ti Di Malaysia
- Dapatkan Internet Sehingga 1000GB Dengan Celcom Home Wireless, Potongan 50% Untuk Bil Bulan Pertama
- Xiaomi Mi 10T - Spesifikasi Terbaik Pada Harga Berpatutan
- Intel Bakal Membawakan Komputer Riba Dengan Modem 5G Untuk Tahun Depan