Realme X Diumumkan, Hadir Dengan Snapdragon 710 Serta Kamera 48MP

Sedikit demi sedikit Realme mengorak langkah dalam mempelbagaikan keluarannya dengan yang terbaru, syarikat itu mengumumkan Realme X.

Realme menyifatkan peranti ini sebagai langkah permulaan dalam membariskan telefon pintar berstatus flagship pada masa akan datang.



Walaupun tidak dilengkapi dengan spesifikasi bangsawan, Realme X adalah keluaran paling premium pernah dikeluarkan syarikat itu.

Realme X tampil dengan skrin AMOLED 6.53 inci FHD+, Snapdragon 710, dwi-kamera belakang gandingan 48MP (f/1.7) (Sony IMX 586) + 5MP (f/2.4) dan 16MP (f/2.0) kamera swafoto terangkat.



Selain itu, skrin tanpa takuk itu juga akan disediakan dengan sensor pengimbas cap jari pada paparan dan ia akan dijana dengan bateri berkapasiti 3765mAh bersama sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W).

Realme X tersedia dengan tiga pilihan storan iaitu RAM 4GB/64GB, RAM 6GB/128GB dan RAM 8GB/256GB. Harga untuk pasaran China adalah dari 1499 yuan (~RM909) hingga 1799 yuan (~RM1091).

Sumber: Realme China