Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Watch Dan realme Band Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Jun Ini

realme Watch Dan realme Band Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Jun Ini

Diterbitkan Jun 4, 2020 oleh Meor Hasyim

realme Malaysia harini telah mula mengacah beberapa produk baharu mereka untuk dilancarkan di pasaran tempatan bertarikh 11 Jun ini.

Produk-produk ini akan dilancarkan secara atas talian melalui acara AIoT Grand Launch secara penstriman langsung. Sebagai tarikan utama acara tersebut, mereka akan melancarkan realme Watch dan realme Band.

realme Watch Dan realme Band Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Jun Ini

realme tidak menyatakan secara spesifik produk apa yang akan dilancarkan namun anda sendiri boleh melihat dengan jelas produk-produk yang terdapat dalam imej poster mereka.

Selain realme Watch dan realme Band, produk lain seperti realme Buds Q, Buds Air Neo dan juga sebuah powerbank juga akan diperkenalkan.

Mengenai realme Watch, ia merupakan sebuah jam pintar pertama dari realme dan hadir dengan paparan petak LCD 1.4 inci. Ia mempunyai fungsi kalis air, Bluetooth 5.0 dan ketahanan bateri sehingga 20 hari.

realme Band pula merupakan gelang pintar dengan paparan warna 0.96 inci. Beratnya hanya sekitar 20g dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 hari.

Untuk makluman, acara pelancaran produk realme ini akan dilancarkan melalui laman Facebook mereka.

 

Sumber: realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY