Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV 1

Setanding ‘Powerbank’, realme Perlihat Telefon Konsep Dengan Bateri Lebih Besar

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh Amalina Athman

realme kini memperlihatkan telefon konsep yang menampilkan kapasiti bateri lebih besar, setanding dengan kapasiti powerbank yang biasa digunakan.

Dengan ketebalan hanya 8.5mm dan berat sekitar 215 gram, telefon konsep realme GT ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 10,000mAh.

realme GT concept 10,000mAh

Menurut realme, telefon ini menggunakan bateri anod berasaskan silikon dengan nisbah silikon sebanyak 10% dan kepadatan tenaga yang mencapai 887Wh/L.

Dalam aspek reka bentuk dalaman, realme memperkenalkan “Mini Diamond Architecture” yang merevolusikan susunan komponen untuk mengoptimumkan ruang bateri.

Hasilnya, papan induk Android paling kompak di dunia berjaya dihasilkan, hanya 23.4mm, dan teknologi ini telah memperoleh lebih 60 paten antarabangsa.

realme turut berkongsi imej prototaip peranti yang menampilkan penutup belakang lutsinar, membolehkan pengguna melihat gabungan bateri besar dan papan induk miniatur ini dengan jelas.

The unboxing video of the realme GT 10,000 mAh concept phone is here! Get ready for unparalleled power and performance! pic.twitter.com/22WWiIjbA8

— Chase (@ChaseXu_) May 6, 2025

Walaupun telefon konsep realme GT mungkin tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat, ia jelas menunjukkan komitmen realme terhadap inovasi dalam bidang bateri dan pengecasan pantas.

Dalam perkembangan lain, realme GT 7 dan realme GT 7T sudah pun melepasi pengesahan SIRIM dan dijangka akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • realme 14 Dan realme 14 Pro 5G Dilancarkan, Telefon 'Gaming' Mesra Bajet Terbaru
  • realme GT 7 Dilancarkan Di China, Lebih Ringan, Nipis Dan Mampu Milik
  • Xiaomi, Huawei & BBK Mungkin Bangunkan OS Sendiri Tanpa Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY