Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV 1

realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Diterbitkan Jun 11, 2025 · Dikemas kini Jun 11, 2025 oleh Amalina Athman

realme kini mengesahkan siri P akhirnya akan memasuki pasaran Malaysia, bermula dengan model realme P3 Ultra.

Dari segi paparan, P3 Ultra hadir dengan skrin AMOLED 1.5K bersama bezel senipis 1.6mm, kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 1,500 nit.

KV 6
KV 5

Rekaan belakangnya tampil dengan sentuhan unik Glowing Lunar Design yang diinspirasikan daripada permukaan bulan. Ia menggunakan teknik mikro-ukiran bagi meniru tekstur permukaan bulan.

Untuk prestasi, P3 Ultra dijana cip pemproses MediaTek Dimensity 8350 Ultra dengan skor AnTuTu dikatakan melebihi 1.45 juta.

KV 3

Bagi menghidupkan peranti, P3 Ultra dimuatkan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 80W. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan VC bersaiz 6050mm² untuk kawalan haba yang lebih baik.

KV 4

Beralih ke kamera, peranti ini didatangkan dengan sensor utama Sony 50MP bersaiz 1/1.56″ serta menyokong rakaman video 4K/60fps.

realme P3 Ultra akan ditawarkan secara eksklusif dalam talian menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop bermula 16 Jun 2025. Namun begitu, harga rasmi, pilihan warna serta konfigurasi memori untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan setakat ini.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Siri realme GT 7 Dengan Bateri 7,000mAh Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999
  • realme Buds Air7 Pro Dengan Sokongan Gemini AI Dilancarkan Pada Harga RM369
  • realme C71 Bakal Dilancar 12 Jun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY