Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C15 Akan Diperkenal Pada 28 Julai, Hadir Dengan Bateri 6,000mAh

realme C15 Akan Diperkenal Pada 28 Julai, Hadir Dengan Bateri 6,000mAh

Diterbitkan Julai 21, 2020 · Dikemas kini Julai 21, 2020 oleh Amalina Athman

Tidak sampai sebulan memperkenalkan realme C11, realme kini dilapor akan memperkenalkan barisan siri C seterusnya iaitu realme C15. Peranti kelas permulaan ini akan dilancarkan di Indonesia pada 28 Julai ini.

realme c15 dilancar

Menerusi realme Indonesia, peranti ini akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6,000mAh. Ia juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 18W, pengimbas cap jari di belakang peranti, tetapan kuad kamera dengan modul kamera empat segi.

realme C15 Akan Diperkenal Pada 28 Julai, Hadir Dengan Bateri 6,000mAh

Dalam imej yang disertakan, peranti ini mungkin hadir dengan dua pilihan warna iaitu biru dan putih/silver. Pada bahagian hadapan terdapat takuk kecil yang memuatkan sensor kamera swafoto.

realme C15 dijangka akan menggunakan cip pemproses MediaTek dan digandingkan dengan RAM 4GB. Selain Indonesia, ia mungkin hadir dalam pasaran Malaysia, Thailand dan Kemboja.

Untuk lebih lanjut mengenai realme C15, nantikan pengumuman rasmi pada jam 2 petang, 28 Julai ini.

Sumber: realme Indonesia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY