realme C11 Terima Pengesahan SIRIM Malaysia, Mungkin Diumumkan Tidak Lama Lagi

Berdasarkan laman SIRIM, realme telah mula memohon sijil pengesahan peranti dengan model bernombor RMX2185. Peranti tersebut didapati telah menerima pengesahan SIRIM Malaysia beberapa hari lalu.

Dinamakan sebagai realme C11, model nombor tersebut juga dilihat sepadan dengan peranti yang muncul pada laman pensijilan NBTC. Dengan siri C realme yang kebiasaannya adalah peranti kelas pertengahan, kemungkinan realme C11 juga adalah peranti dengan kelas tersebut.



Terdahulu, realme C11 pertama kali muncul bulan lalu di TKDN Indonesia. Sama seperti SIRIM Malaysia, hanya nombor model yang dipaparkan.  Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan.

Bagaimanapun, dengan peranti ini yang dilihat telah menerima pengesahan pensijilan di beberapa negara, ia mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina

Beli barangan realme dari:

Lazada (https://invol.co/clp3qz)

Shopee (https://invol.co/clp3qv)