realme 6i Kini Muncul, Dilengkapi Bateri 5000mAh, Helio G80 Dan 48MP

Siri realme 6 pertama kali diperkenalkan kira-kira 2 minggu yang lalu dengan membawakan dua model iaitu 6 dan 6 Pro. Kini menambah satu lagi model dalam keluarga baru tersebut adalah realme 6i.

Dari segi spesifikasi, ia memperagakan skrin paparan 6.5 inci HD+ serta dilingundi Corning Gorilla Glass. Terdapat takuk dibahagian atas tengah dihuni oleh kamera selfie 16MP. Sementara itu, rakaman bahagian belakang pula digalas oleh sistem kuad kamera. Ia dibarisi dengan kamera 48MP (f/1.8)), 8MP ultra lebar (f/2.3), 2MP makro (f/2.4) dan 2MP depth (f/2.4).



Beroperasi dari dalam adalah cip pemproses terbaru dari MediaTek, MediaTek Helio G80. Bahagian memori pula menampilkan pilihan RAM 3GB dan 4GB serta storan 64GB hingga 128GB. Tidak cukup dengan itu, ia mempunyai sokongan kad MikroSD sebagai tambahan ruang simpanan.



Satu lagi daya penarik yang dilihat ada pada realme 6i adalah kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Menawarkan port USB C, ia turut menyertakan bicu audio 3.5mm untuk penggunaan fon telinga berwayar.

Ketika ini, realme 6i hanya diperkenalkan di Myanmmar sahaja dan harga jualannya KS249,900 (~RM761) serta KS 299,900 (~RM913).