realme 6 Pro
Dimulakan dengan realme 6 Pro, ia berukuran 6.6 inci bersama resolusi Full HD+. Paparan skrin tersebut hadir dengan rekaan punch hole bagi menempatkan dwi lensa kamera hadapan 16MP serta 8MP ultra lebar.
Rakaman bahagian belakang pula digalas oleh tetapan kuad kamera terdiri daripada 64MP kamera utama, 8MP ultra lebar, 12MP telefoto dan kamera makro.
Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 720G menjadikan ia peranti pertama dilengkapkan dengan cip terbaru Qualcomm itu. Bagi janaan kuasa bateri pula, versi Pro dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4300mAh serta pengecasan 30W Flash Charge.
Dua warna pilihan yang akan ditawarkan adalah Lightning Blue dan Lightning Orange.
realme 6
Sebuah lagi peranti dalam siri ini diperkenalkan dengan skrin paparan 6.5 inci beresolusi Full HD+. Perbezaan dengan versi Pro adalah pada cip pemprosesan dimana ia menggunakan MediaTek Helio G90T.
Rakaman hadapan pula hanya menampilkan satu kamera iaitu lensa 16MP. Disebelah belakang, kuad kamera diberikan dan dibarisi 64MP, 8MP sudut luas, 2MP makro serta 2MP depth.
Model ini turut menggunakan kapasiti bateri sama iaitu 4300mAh dengan daya pengecasan pantas 30W. Pilihan warna yang diberikan adalah Comet White dan Comet Blue.
Kedua-dua peranti dilengkapkan dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa yang tersisip dibahagian sisi kanan. Selain itu, ia akan menjalankan sistem realme UI berasaskan Android 10. Tidak dilupakan sokongan kadar penyegaran 90Hz serta ciri kalis percikan air bagi realme 6 dan realme 6 Pro
Harga jualan pada pasaran India ditetapkan pada nilai:
realme 6 Pro
- RAM 6GB/64GB - 16999 Rupee (~RM965)
- RAM 6GB/128GB - 17,999 Rupee (~RM1022)
- RAM 8GB/128GB - 18,7999 Rupee (~RM1079)
realme 6
- RAM 6GB/64GB - 12,999 Rupee (~RM738)
- RAM 6GB/128GB - 14,999 Rupee (~RM852)
- RAM 8GB/128GB - 15,999 Rupee (~RM908)
Adakah peranti ini akan dipasarkan di Malaysia? Kita tunggu pengumuman daripada Realme Malaysia.
Berkaitan
- OPPO Syarikat Pengeluar Pertama Guna Corning Gorilla Glass 6
- Go Pro Tidak Akan Keluarkan Dron Lagi Selepas Ini
- Apple Akan Baiki Masalah Pembesar Suara iPhone 12 & 12 Pro Secara Percuma
- Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau
- Ciri Tukar Nama Profil PSN Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Note 4X dan Mi 6 Menjadi Peranti Terawal Menerima Kemaskini MIUI 9
- Sah Siri Huawei P60 Dan Mate X3 Dilancarkan Pada Bulan Ini
- Huawei P30 Dijadualkan Pelancarannya 26 Mac Depan
- iPhone XS Max Dapat 105 Markah DxOMark, Tapi Belum Mampu Tewaskan Huawei P20 Pro
- Ragu-Ragu Dengan Status Halal Produk? Boleh Semak Guna "Verify Halal"