Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 7 pro

Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker

Diterbitkan September 24, 2020 ยท Dikemas kini September 24, 2020 oleh Wiser MY

Realme ‘beranak lagi’. Kali ini Realme 7 Pro pula. Menariknya tentang penawaran terbaru, ia datang dengan skrin Super AMOLED dan Stereo Speaker.

Video Unboxing

Buka Kotak

Seperti biasa Realme membekalkan penawaran yang biasa sahaja di dalam kotak. Anda akan dapat :

  • 1x Realme 7 Pro
  • 1x Sarung Pelindung
  • Buku manual
  • 1x wayar pengecasan jenis-c
  • 1x Kepala Pengecas 65W
  • 1x Pencucuk Sim

Speksifikasi

  • Skrin Super AMOLED 6.4″- 60Hz
  • RAM 8GB + 128GB Storan
  • Snapdragon 720G
  • Bateri 4,500 mAh
  • Pembesar suara jenis Stereo (DOLBY ATMOS)
  • Bluetooth 5.1
  • Kamera 64MP(wide)+8MP(Ultra-Lebar)+2MP (Depth)+2MP (Macro)+32MP(Selfie)

Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker

Rekaan

Rekaan pada siri kali ini nampak berbeza jika dibandingkan dengan siri sebelum. Realme mengubah rekaan dengan nampak lebih minimalis. Warna yang kami terima adalah Cobalt Blue.

Padangan kami, Realme 7 Pro nampak lebih premium jika dipegang di tangan. Ini dengan modul kamera yang lebih kemas dan panel belakang jenis matte.

realme 7 pro

Rekaan panel belakang Realme 7 Pro mengingatkan kami pada sebuah peranti OPPO dengan kemasan matte.

Di bahagian kiri terdapat slot sim dan butang kawal bunyi. Untuk slot sim, anda boleh masukkan dua sim kad dan satu kad mikro SD. Untuk bahagian kanan, terdapatnya satu butang kuasa.

Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker
bahagian kiri
realme 7 pro
bahagian kanan

Di bawah peranti ini terdapat satu pembesar suara, slot pengecasan jenis-c, mikrofon dan bicu audio 3.5mm.

realme 7 pro

Sekuriti dan Sistem Operasi

Realme 7 Pro menggunakan sistem antaramuka Realme UI dengan berasaskan Android 10. Untuk peranti ini, kami masih tidak lagi mendapat kemaskini terbaru ke Android 11 dan kami rasa ia akan mendapat kelak.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2020/09/11121617/Record_2020-09-11-12-10-50.mp4

Untuk sekuriti, telefon pintar ini menggunakan 2 jenis imbasan yang kini menjadi trend di semua peranti iaitu imbasan jari dan wajah.

Kerana peranti ini didatangkan dengan skrin Super AMOLED, ia menggunakan imbasan jari di bawah skrin. Apa yang kami boleh katakan, peranti ini pantas mengimbas cap jari.

Selain itu, peranti ini juga menyokong untuk pengecaman wajah.

Sampel Gambar

Kami ada mengambil beberapa keping gambar untuk ‘dipertontonkan’:

Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker
Ultrawide
Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker
Macro
Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker
Potrait
Reaksi Awal Realme 7 Pro – Skrin Super AMOLED Dan Stereo Speaker
Selfie

Rumusan

Untuk beberapa ketika sahaja menggunakan R7 Pro ini, kami dapati ini adalah antara peranti saingan hebat untuk Poco X3 NFC.

Ini kerana spesifikasinya yang mantap dan rekaan yang segar serta skrin Super AMOLED.

realme 7 pro

Peranti ini didatangkan dengan dua varian iaitu RAM 6GB+128GB dan 8GB+128GB.

Walaubagaimanapun, reaksi awal tentang Realme 7 Pro ini agak positif. Untuk bercerita tentang kelemahan dan kelebihan peranti ini, boleh tunggu ulasan penuh kami nanti.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY