POCO X3 NFC – Telefon Gaming Kelas Pertengahan Terbaik Di Malaysia

Poco sekali lagi menggegarkan pasaran tempatan dengan penawaran terkini, POCO X3 NFC. Dengan spesifikasi seperti janaan cip Snapdragon 732G dan paparan 120Hz, ia adalah telefon gaming terbaik untuk kelas pertengahan yang ada dalam pasaran Malaysia ketika ini.

Prestasi Permainan


Dengan janaan cip Snapdragon 732G, ia mempunyai sokongan teras CPU Kryo 470 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 2.3GHz. Ia seterusnya memberikan pengalaman permainan pada kelas flagship dengan penggunaan bateri yang lebih baik.



Pada bahagian paparan, POCO X3 NFC dilengkapi skrin 6.67 inci. Menguatkan lagi penawaran adalah sokongan kadar segar semula 120Hz yang memberikan kelancaran untuk paparan kandungan tidak seperti sebelumnya. Input sentuhan 240Hz pula memberikan ketepatan untuk kawalan kandungan, bagi memastikan setiap pergerakan dalam permainan adalah selari dengan sentuhan.

Didatangkan dengan dua pembesar suara stereo serta masih mengekalkan bicu audio kesukaan ramai 3.5mm, peranti ini turut menawarkan pengalaman audio terbaik dalam permainan.



Dari segi janaan kuasa, POCO X3 NFC dimuatkan dengan kapasiti bateri 5160mAh serta pengecasan pantas 33W. Masa yang diambil untuk pengecasan dari 0% sehingga 100% adalah sekitar 65 minit, manakala pengecasan sebanyak 62% mengambil masa hanya sekitar 30 minit.

Rekaan & Kamera


 

POCO X3 NFC harga RM

Untuk keupayaan kamera, POCO X3 NFC menawarkan tetapan 64MP AI kuad kamera yang terdiri daripada 64MP utama dengan sensor Sony IMX682, 13MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera hadapan pula dimuatkan dengan sensor 20MP.

Menjadikannya lebih menarik adalah kemampuan kamera dengan fungsi seperti AI Skyscaping 3.0, Smooth Video Zoom, rakaman video 4K serta mod Vlog.



Beralih ke bahagian rekaan, peranti ini hadir dengan reka bentuk simetri serta 3D melengkung di bahagian belakang dengan logo POCO. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Shadow Grey dan Cobalt Blue.

Harga


POCO X3 NFC hadir untuk pasaran tempatan pada harga RM899 bagi varian 6GB+64GB, manakala varian 6GB+128GB diletakkan pada harga RM1099.

POCO X3 NFC harga RM

Bagaimanapun, anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga yang lebih murah dari 9 hingga 10 September 2020 secara eksklusif di Shopee. POCO X3 NFC ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM799 (6GB+64GB) dan RM949 (6GB+128GB).

Untuk pembelian POCO X3 NFC, ianya boleh dilakukan melalui:

Artikel ini dibawakan oleh POCO Malaysia.

Berkaitan