Reaksi Awal Pengecas Tanpa Wayar Joyroom Dalam Kereta, Pengecasan Pantas 15W

Sebelum ini, Joyroom ada membawa barisan untuk pengecas tanpa wayar. Kali ini, Joyroom datang lagi dengan pengecas tanpa wayar untuk dalam kereta ataupun Car Holder

Pada kami ada sebuah unit ulasan untuk pengecas tanpa wayar ini dan ini adalah reaksi awal kami mengenai pengecas ini.

APA ADA DI DALAM KOTAK?



  • Set pemegang telefon pintar bersama pengecas

  • Kabel USB-C

  • Kepala pengecas kereta

  • Manual pengguna



REKAAN


Dari segi rekaan, pengecas ini lebih nampak seperti pemegang telefon pintar untuk kereta yang biasa.

Di bahagian hadapan terdapat jenama Joyroom sendiri dengan simbol kilat sebagai tanda untuk mengecas. Di bahagian bawah pula terdapatnya lubang slot pengecasan USB-C.



Pada bahagian kiri dan kanan,terdapat butang fizikal untuk melepaskan peranti anda dari port pengecasanya.



Di bahagian pemegang bawahnya, terdapat seperti pelekat untuk ada letak pada dashboard kereta anda.

Dari segi rasa pegang gadjet ini, kami dapat merasakan pengecas ini rasa premium dan sedikit berat berbanding pemegang telefon pintar untuk kereta yang lain.

Untuk rekaan kepala pengecasnya pula tiada perbezaan seperti kepala pengecas kereta yang lain. Cuma di bahagian hadapan sahaha tertera jenama Joyroom itu sendiri.



Sebagai tambahan, kepala pengecas ini mempunyai dua slot USB-A dan salah satunya menyokong pengecasan QC 3.0.

Cara memasang pegecas ini juga amatlah mudah. Cuma, cara memasangnya perlukan sedikit tenaga untuk memastikannya ketat.

SPEKSIFIKASI


Pengecas tanpa wayar jenis car holder ini didatangkan dengan pengecasan pantas 15W. Tapi untuk merasa merasa pengalaman pengecasan pantas ini, anda mesti menggunakan kepala pengecas kereta yang diberi di dalam kotak.

Selain itu, pengecas ini juga mempunyai ciri keselamatan secara electrik untuk kunci telefon pintar anda atau dengan kata mudah fon anda lebih stabil dan selamat.



Pengecas ini juga mempunyai kelulusan daripada Qi. Ini menadakan ia pengecas ini menyokong pengecasan pantas yang selamat.

KESIMPULAN


Secara keseluruhan, pengecas ini amatlah sesuai untuk digunakan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi jika anda sering menggunakan aplikasi GPS sewaktu memandu.



Dengan adanya pengecas ini, anda tidak perlu lagi risau akan kehabisan bateri telefon pintar anda sewaktu menggunakan aplikasi GPS.

Walau bagaimanapun, dalam pasaran sekarang, pengecas tanpa wayar jenis dalam kereta ini agak sukar untuk ditemui. Mungkin juga ia masih belum digunakan secara meluas lagi.

Baca lagi: Pengecas Tanpa Wayar Joyroom.