Reaksi Awal Pengecas Tanpa Wayar Joyroom : Pengecasan Pantas 15W

Pengecas Nir-wayar kini semakin menjadi trend dalam dunia teknologi. Joyroom pula mengambil kesempatan ini dengan kehadiran dua model pengecas nir-wayar yang menyokong pengecasan pantas sehingga 15W.

Kami menerima dua unit ulasan pengecas nir-wayar daripada Joyroom iaitu model JR-A26 dan JR-A23.

BUKA KOTAK


JR-A23   



Dari luaran kotak sahaja anda dapat melihat sendiri pengecas nir-wayar model ini dengan jelas. Berikut adalah kandungan di dalam kotak:



  • pengecas nir-wayar JR-A23

  • Buku Manual

  • Wayar pengecasan jenis-C


JR-A26

Berikut adalah perkara yang anda akan dapat di dalam kotak:



  • pengecas nir-wayar JR-A23

  • Buku Manual

  • Wayar pengecasan jenis-C


REKAAN


JR-A26

Dari segi reka bentuk, ia nampak nipis dan ringan. Di atas permukaan pengecas ini tertera tulisan jenama Joyroom dan 15W. Ini juga adalah sebagai penanda bahawa pengecas ini mempunyai dua slot pengecas.

pengecas nir-wayar joyroom

Terletaknya satu lampu LED untuk menandakan pengecas ini aktif atau berfungsi untuk menandakan ada peranti sedang dicas.



Di bahagian atas peranti ini terdapat satu lubang slot pengecasan jenis-c. Di bahagian belakang pula tertera informasi mengenai pengecas ini dan getah sebagai penahan untuk pengecas ini.
JR-A23

pengecas nir-wayar joyroom

Dari segi pandang luaran, produk ini nampak premium dengan kemasan kaca di atas permukaannya dan tertera nama Joyroom di atasnya. Bentuknya pula seakan-akan bulat.



Di bahagian atas JR-A23 ini terletaknya slot pengecasan USB-C. Di bahagian belakang pula tertera informasi mengenai pengecas ini dan terdapat getahuntuk menahan pengecas ini tergerak.

Pada pandangan kami, model ini kelihatan seolah-olah produk premium dan sedikit berat berbanding model satu lagi.

SPEKSIFIKASI


Kedua-dua model ini menyokong pengecasan pantas sehingga 15W. Cuma yang membezakannya adalah di mana JR-A26 mmpunyai dua slot pengecas.

Selain itu, Kedua-dua model ini juga menyokong untuk mengecas gadjet selain telefon pintar iaitu seperti fon telinga dan lain-lain.

pengecas nir-wayar joyroom

Joyroom mencadangkan untuk menggunakan kepala pengecas yang menyokong QC3.0 untuk efek yang lebih pantas dan disambungkan pada kedua-dua pengecas nir-wayar ini.

KESIMPULAN


Secara keseluruhan, untuk sebuah pengecas tanpa wayar dengan harga yang ditawarkan, kedua-dua model ini amatlah berbaloi untuk dimiliki.

pengecas nir-wayar joyroom

Cuma terdapat sedikit isu, jika telefon pitar anda tidak menyokong pengecasan pantas secara tanpawayar, anda tidak dapat menikmati pengecasan pantas 15W yang ditawarkan.

Baca lagi : TWS Plextone 4LIFE