Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Game Store Tamat Operasi Hujung Bulan Ini

Razer Game Store Tamat Operasi Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Februari 17, 2019 · Dikemas kini Februari 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Razer memperkenalkan gedung permainan digital tersendiri, Razer Game Store pada awal April tahun lalu. Penawaran untuk Malaysia pula dibuat sekitar November lepas melalui platform Lazada.

Baru sahaja memasuki usia 10 bulan, syarikat perkomputeran itu telah mengumumkan bahawa Razer Game Store akan ditamatkan operasinya pada 28 Februari, tepat jam 5 petang waktu tempatan.

Ia turut melibatkan Razer Game Store yang ditawarkan di Lazada seperti yang disahkan oleh Razer pada laman Channel NewsAsia.

Screenshot 2019-02-17 at 3.10.04 PM

Berdasarkan FAQ, permainan yang dibeli dari Razer Game Store masih boleh dimainkan selepas penutupan platform itu, selagi mana pengguna masih mempunyai game key Steam dan Uplay yang di e-melkan sekali ketika pembelian dibuat.

Jika anda masih belum mengaktifkan game key Steam atau Uplay, anda disarankan untuk mendapatkannya dari Razer Game Store sebelum 28 Februari ini.

Razer juga menyatakan mereka akan menyelesaikan urusan pembelian permainan yang dibuat secara pra-tempah.

Penutupan Razer Game Store ini dibuat dengan alasan penyusuna semula syarikat.

Pengumuman tersebut menyatakan pengenalan promosi permainan akan dibuat pada sisten kredit maya iaitu Razer Gold.

Sumber: Razer via Channel NewsAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY