Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini

Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2018 · Dikemas kini Oktober 15, 2018 oleh Wiser MY

Razer sebagai pengeluar barangan komputer dan juga komputer riba khususnya untuk pengguna gamer telah memperkenalkan komputer riba model Blade mereka. Dua model diumumkan iaitu Razer Blade Base Model & Razer Blade Advanced Model. Dari namanya sudah dapat dibezakan perkakasan yang diletakkan dalam komputer riba tersebut.

Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini

Sebagai permulaan, model base Razer Blade ini akan mempunyai ukuran 3.1mm lebih tebal dari model advanced. Ukuran lebih tebal ini membolehkan Razer Blade model biasa ini diletakkan port LAN di dalamnya. Ia juga dapat memuatkan dua tetapan ruang storan SSD dan HDD.

Selain itu, model advanced mempunyai kelebihan berbanding model biasa. Resolusi paparan untuk model advanced ditawarkan dalam FHD dengan kadar penyegaran skrin sehingga 144Hz dan 4K dengan kadar penyegaran skrin sehingga 60Hz. Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 (Max-Q) juga ditawarkan untuk model advanced berbanding GTX 1060 (Max-Q) untuk model advanced dan biasa.

Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini

Razer Blade model biasa menampilkan papan kekunci dengan sokongan zon tunggal Chroma manakala model advanced menyokong Chroma untuk setiap kekunci.

Razer Blade 2018 dijual dengan harga US$1899 (RM7,895) untuk model advanced dan $1599 (RM 6,647) untuk model biasa. Razer juga mengeluarkan warna khas, Mercury White untuk model advanced yang mempunyai spesifikasi yang sama untuk model advanced. Peranti Razer Blade ini akan mula dijual ke rantau Asia Pasifik bermula pada bulan hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY