Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi, Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Langsung Di Malaysia

Rasmi, Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Langsung Di Malaysia

Diterbitkan Julai 28, 2022 ยท Dikemas kini Julai 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

GSC telah mengesahkan bahawa filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia atas arahan Disney Malaysia.

Filem ini telah ditunda 2 kali sebelum ini dari 4 Julai ke 21 Julai 2022 namun kemudian ditangguh lagi tanpa tarikh.

Hari ini, nampaknya tundaan ini berakhir dengan berita yang lebih buruk di mana ia tayangannya langsung dibatalkan.

TGV juga telah mengemas kini berita yang sama.

Thor: Love and Takde. Officially. โšก๏ธ๐Ÿ’” pic.twitter.com/4iMZbOcs7j

— GSC (@GSCinemas) July 28, 2022

 

Terdahulu, Disney telah mengambil keputusan tidak menayangkan filem Lightyear walaupun LPF (Lembaga Penapisan Filem) meluluskannya dengan syarat.

Untuk filem ke-4 Thor ini, kesemua pihak termasuk syarikat pawagam dan Disney sendiri tidak memberi penjelasan mengapa filem ini yang awalnya dijadualkan untuk tayangan rasmi akhirnya dibatalkan.

Pelbagai spekulasi tersebar dalam kalangan pengguna bahkan ada yang menjangka filem-filem MCU selepas ini juga berkemungkinan juga tidak masuk pawagam tempatan.

Pelanggan yang telah membeli tiket untuk tayangan 4 Julai tempoh hari kebanyakannya sudah mula menerima wang kembali.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY