Rasmi: POCO F5 Pro Untuk RM2099 Dengan Snapdragon 8+ Gen 1, POCO F5 Dijana 7+ Gen 2

Poco Malaysia hari ini meluncurkan 2 model untuk kelas andalan mereka iaitu POCO F5 Pro dan POCO F5.

Untuk makluman, siri F ialah kelas andalan, siri X ialah kelas pertengahan atasan, M sedikit rendah dan C untuk kelas permulaan.

Ayuh kita telusuri tawaran kedua-duanya.

POCO F5 Pro


harga poco f5 pro malaysia 2

Ini merupakan model dengan spesifikasi tertinggi dengan harga bermula RM2099.

  • Snapdragon 8+ Gen 1

  • 8/256GB, 12/256GB, 12/512GB

  • 6.67” AMOLED 120Hz, WQHD+ (3200 x 1440), 1400 nit, 526 ppi

  • 64MP utama, 8MP ultralebar, 2MP makro

  • 16MP swafoto

  • 5160mAh (67W wayar, 30W tanpa wayar)

  • MIUI 14 (Android 13)


Dari segi rekaan, tubuh belakangnya adalah sedikit melengkung di sisi, jadi agak selesa untuk dipegang buat masa lama. Namun skrin hadapan masih menggunakan rekaan rata.



Garis belang di belakang memberi rasa sporty dan paling penting, ia dilindungi Corning Gorilla Glass 5.

Pengesan cap jari sebagai ciri keselamatan pula hadir di bawah skrin. Ia juga menjadi telefon POCO pertama yang sokong pengecasan wayarles.

Menariknya, kamera F5 Pro mempunyai ciri penstabilan OIS dan EIS yang jarang ada pada model POCO lain.

harga poco f5 pro malaysia 36

Kamera belakangnya boleh rakam dalam format 8K 24FPS tapi kamera swafotonya hanya terhad pada resolusi 1080p.

Sebut saja POCO, memang kita tahu ia wujud sejak POCO F1 dengan fokus terhadap gaming.

https://www.tiktok.com/@wisermy/video/7230035281414491397?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206240052291356165

Kali ini, 2 model terbaru F5 dilengkapkan dengan sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0 yang 35% lebih cekap melepaskan haba dan FEAS 2.2 untuk penstabilan frame ketika pengguna bermain game.

Warna tersedia ialah hitam dan putih.

POCO F5




Bukan seperti model sulung F1 dulu, Poco nampaknya sudah memecahkannya pada dua jenis untuk siri F di mana Pro sahaja yang betul-betul kelas andalan.

harga poco f5 malaysia 9

Dengan harga bermula RM1699, ini yang anda dapat.

  • Snapdragon 7+ Gen 2

  • 8/256GB, 12/256GB

  • 6.67” AMOLED, 120Hz,  1080p

  • 64MP utama, 8MP ultralebar, 2MP makro

  • 16MP swafoto

  • 5000mAh (67W berwayar)

  • MIUI 14 (Android 13)




Berbeza daripada F5 Pro, pengimbas cap jari F5 ini berada di butang kuasa dan panel belakangnya model ini juga rata.

Tiga warna tersedia ialah hitam, putih dan biru.

Persamaan




Kedua-duanya jadi mempunyai ciri NFC, IR Blaster, Bluetooth 5.3, perlindungan terhadap air IP53, dan sokong rangkaian 5G.

Jadi, tak kisah sama ada F5 atau F5 Pro, anda boleh gunakan dengan kad TNG NFC, guna sebagai remote penyaman udara, TV serta nikmati 5G.

Selain itu, mereka juga berkongsi 6.67 inci AMOLED 120Hz dengan Dolby Vision bersama sokongan HDR10+.

{suggest}

Harga


Siri terbaru ini dijual di Malaysia mulai malam ini, 9 Mei 2023. Namun, harga promosi masa terhad adalah sehingga 16 Mei 2023.

Poco F5 Pro

  • 8/256GB - RM2099 (RM1999 sampai 16 Mei di Lazada)

  • 12/256GB - RM2199 (RM2099 sampai 16 Mei di Lazada)

  • 12/512GB - RM2399 (RM2199 sampai 16 Mei di Lazada)


Untuk beli di kedai rasmi POCO Malaysia, klik pautan Lazada di atas.

Poco F5

  • 8/256GB - RM1699 (RM1399 sampai 16 Mei di Shopee)

  • 12/256GB - RM1799 (RM1499 sampai 16 Mei di Shopee)


Untuk beli di kedai rasmi POCO Malaysia, klik pautan Shopee di atas.