Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasai Pengalaman Simulasi F1 Sebenar Di Rumah Dengan RS50 McLaren Racing Bundle

Rasai Pengalaman Simulasi F1 Sebenar Di Rumah Dengan RS50 McLaren Racing Bundle

Diterbitkan Oktober 6, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 6, 2026 oleh ariff bukhari

Logitech telah pun memperkenalkan set simulasi permainan perlumbaan lengkap cyang diinspirasikan daripada Formula 1 hasil kerjasama dengan pasukan McLaren.

Direka dengan warna ikonik papaya dan hitam, set ini menawarkan pengalaman imersif untuk peminat F1 yang mahu merasai sendiri keseronokan aksi perlumbaan kereta lumba sebenar di rumah.

Rasai Pengalaman Simulasi F1 Sebenar Di Rumah Dengan RS50 McLaren Racing Bundle

Set bundle ini merangkumi RS50 Base dengan daya kilas sehingga 8 Nm menggunakan teknologi TRUEFORCE,RS Formula Wheel McLaren Racing Edition yang meniru stereng kereta MCL38, RS Wheel Hub dengan paddle shifter magnetik, serta RS Pedals dua pedal dengan pilihan tambahan klac.

Rasai Pengalaman Simulasi F1 Sebenar Di Rumah Dengan RS50 McLaren Racing Bundle

Ciri teknikal utama termasuk pedal brek dengan load cell seberat 75 kg untuk input berasaskan tekanan, serta pedal pemecut dengan sensor Hall-effect tanpa sentuhan bagi ketahanan jangka panjang.

Pengguna juga boleh menyesuaikan jarak pedal mengikut keselesaan.

Rasai Pengalaman Simulasi F1 Sebenar Di Rumah Dengan RS50 McLaren Racing Bundle
RS Pedals menampilkan brek sel beban 75kg untuk kuasa berhenti yang tepat.
Rasai Pengalaman Simulasi F1 Sebenar Di Rumah Dengan RS50 McLaren Racing Bundle
Tambahan lain seperti kerusi Playseat Formula Instinct McLaren Edition yang dijual berasingan pada harga $649.99 (~RM2,780).

SRS50 McLaren Racing Bundle tersedia dalam 2 versi iaitu untuk PlayStation/PC dijual pada $899.99 (~RM3,850), manakala versi PC sahaja berharga $799.99 (~RM3,400).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Jepun Bangunkan Gboard 'Kurukuru' Dengan Tali Sawat Bergerak
  • Pra Tempah Nothing Headphone (1) Pro Dibuka Pada Harga RM1,499

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY