Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak

Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak

Diterbitkan Oktober 2, 2026 oleh ariff bukhari

Gboard ialah aplikasi papan kekunci untuk telefon pintar dan tablet yang menyediakan ciri-ciri mudah seperti tema, terjemahan, sokongan penyemakan teks, serta keupayaan untuk menetapkan foto kegemaran anda sebagai latar belakang.

Tapi, pasukan Google Gboard dari Jepun membangunkan versi Gboard fizikal dengan memperkenalkan konsep DIY terbaharu yang unik dikenali sebagai Gboard Kurukuru.

Berbeza dengan papan kekunci konvensional yang memerlukan pengguna menggerakkan jari ke arah kekunci, rekaan kreatif ini menggerakkan kekunci secara terus kepada pengguna menggunakan sistem tali sawat bergerak (conveyor belt) seperti eskalator.

Setiap unit tali sawat ini dilengkapi 29 kekunci yang menyokong huruf besar dan kecil, sekali gus membolehkan proses menaip dilakukan dengan pantas menggunakan satu jari atau sebelah tangan sahaja.

Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk melakukan pelbagai tugas lain menggunakan sebelah tangan yang bebas.

Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak
Pasukan ini turut memaklumkan, mereka sedang mempertimbangkan untuk membangunkan variasi warna mengikut trend, mod berkelajuan tinggi menampilkan elemen muncul dan hilang dengan pantas, versi panjang yang menyokong lebih banyak jenis aksara, serta versi pendek yang sesuai untuk peranti mudah alih.
Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak
Daripada jari anda menghampiri papan kekunci, papan kekunci itu sebaliknya bergerak ke arah anda di bahagian tengah.
Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak

Dilancarkan secara simbolik pada 1 Oktober bagi memperingati tradisi “papan kekunci 101 kekunci”, rekaan ini bukan sahaja hadir sebagai eksperimen sosial yang mencuit hati, malah memecah tradisi reka bentuk peranti input.

Walaupun tiada perancangan untuk jualan komersial dalam masa terdekat, pelan reka bentuknya disediakan secara sumber terbuka (open-source) di platform github bagi membolehkan peminat sains dan peranti DIY membinanya sendiri.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Set Lego Pertama Tema Dragonball Tampilkan Shenron Dan Goku Berharga RM599.90
  • Acer Beri Diskaun Sehingga RM1,300 Sempena Pembukaan Kedai Konsep Predator Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY