Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangsangan Elektrik Pada Otak Manusia Dipercayai Boleh Meningkatkan Keupayaan Matematik

Rangsangan Elektrik Pada Otak Manusia Dipercayai Boleh Meningkatkan Keupayaan Matematik

Diterbitkan Januari 10, 2022 · Dikemas kini Januari 10, 2022 oleh ariff bukhari

Satu kajian tentang keupayaan otak manusia telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University Oxford, U.K. Penyelidikan yang diketuai oleh neurosaintis bernama Roi Cohen Kadosh itu mendapati, apabila otak manusia dikenakan rangsangan elektrik berkuasa rendah yang selamat, keupayaan otak manusia akan meningkat, khususnya melibatkan matematik.

Hasil dapatan kajian itu diperolehi menerusi uji kaji yang dijalankan ke atas 15 sukarelawan selama 6 hari. Sepanjang uji kaji itu berlangsung, peserta yang terlibat akan menerima rangsangan elektrik rendah pada bahagian otak yang dikenali sebagai  parietal lobes selama 20 minit, iaitu bahagian otak yang memainkan peranan penting dalam proses pengiraan.

Rangsangan Elektrik Pada Otak Manusia Dipercayai Boleh Meningkatkan Keupayaan Matematik

Kesimpulan hasil daripad uji kaji yang dijalankan penyelidik didapati bahawa, rangsangan elektrik ke atas otak mampu meningkat keupayaan matematik sukarelawan tersebut. Penyelidik juga menyimpulkan, rangsangan elektrik rendah ke atas otak manusia mungkin dapat mengubati pesakit yang lemah upaya dalam matematik seperti mereka yang mengalami disleksia matematik.

Walaubagaimanapun, sehingga kini saintis masih belum memahami sepenuhnya tentang bagaimana rangsangan elektrik meningkatkan keupayaan tertentu otak manusia. Tetapi kebarangkalian yang dapat dipastikan saintis adalah rangsangan eletrik tersebut mempengaruhi kimia di dalam otak yang dipanggil sebagai neurotransmiter.

Sebagai contoh, rangsangan elekrik kemungkinan mengurangkan kesan terhadap neurotransmiter tertentu yang mengganggu atau membantu proses pembelajaran. Namun begitu, penggunaan rangsangan elektrik bagi meningkatkan keupayaan otak manusia dalam bidang matematik menimbulkan dilema dan persoalan etika. Khususnya penggunaannya terhadap otak  manusia normal yang dianggap sebagai kelebihan yang tidak adil.

Sumber: national geographic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY