Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2024-02-20 at 4.01.52 PM

Tidak Pernah Dibuka Kotak, iPhone 8GB Gen-1 Dilelong Lebih RM300 Ribu

Diterbitkan Februari 20, 2024 · Dikemas kini Februari 20, 2024 oleh ariff bukhari

iPhone generasi pertama yang asli dari tahun 2007 yang tidak pernah dibuka dari kotaknya telah berjaya dijual pada harga USD63,356.40 (~RM303,952.33) pada lelongan semalam dikendalikan oleh LCG Auctions.

Ia adalah model iPhone 8GB yang dikeluarkan pada 29 Jun 2007 dahulu yang harga asalnya berharga $599.

Bidaan untuk iPhone itu bermula pada harga $2,500 (~RM11,985) dan menerima sejumlah 27 bidaan.

Screen Shot 2024-02-20 at 3.58.28 PM

Pemilik asal iPhone itu, Karen Green pernah muncul di segmen Treasure Hunt dalam episod The Doctor & The Diva tiga tahun lalu di mana iPhone miliknya diberi nilai anggaran $5,000.

(Tonton video di bawah pada minit 7:15)

Dalam keterangan iPhone yang dilelong menyatakan, iPhone asal termasuk storan 4/8 GB, skrin sentuh yang inovatif, kamera 2 megapiksel dan pelayar web. Kotak ikonik memaparkan imej bersaiz sebenar iPhone dengan 12 ikon pada skrin.

iPhone keluaran pertama yang dalam keadaan seperti asal (kotak, bertutup, dalam plastik) dianggap secara meluas sebagai aset mewah di kalangan pengumpul barangan mewah.

Pada Ogos dan Oktober tahun lepas, ‌iPhone‌ asal yang serupa telah berjaya dilelong pada harga $35,000 (~RM167,790) dan $39,000 (~RM186,966).

Berkaitan

  • Imej Tertiris Dedahkan Modul Kamera iPhone 16
  • Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras - Apple
  • iPhone 16 Pro Mungkin Hadir Dengan Dua Pilihan Warna Baharu

Sumber: Macrumors, LCG Auctions

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY