Sehingga Kini, Hanya Amerika Syarikat Sahaja Yang Berjaya Mendaratkan Manusia Di Bulan

Pada 17 Januari 2022 lalu, Obeservatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej Fasa Bulan Purnama pertama untuk tahun 2022.

Imej Fasa Bulan Purnama yang telah diambil itu menunjukkan beberapa lokasi pendaratan di Bulan yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) dan Kesatuan Soviet.



Seperti semua sedia tahu, Bulan merupakan satelit semula jadi Bumi dan satu-satunya objek angkasa yang pernah dikunjungi oleh manusia sehingga kini.

Pada 13 September 1959, misi Luna 2 yang dihantar ke Bulan oleh Kesatuan Soviet adalah merupakan kapal angkasa robotik pertama yang mendarat di permukaan Bulan.

Sebanyak 15 misi Luna telah berjaya ke Bulan sama ada sebagai pengorbit atau pendarat antara tahun 1959 hingga 1976. Sepanjang tempoh itu, pelbagai eksperimen telah dilakukan seperti mengkaji komposisi kimia, graviti, suhu, kadar radiasi serta sinaran gamma dan kosmik di Bulan.

Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pula telah menghantar Misi Surveyor dari tahun 1966 hingga 1968 bagi mendapatkan imej terperinci permukaan Bulan bertujuan untuk mengenal pasti kawasan pendaratan kapal angkasa yang selamat.

Dari tahun 1968 hingga 1972, NASA telah giat melancarkan misi ke bulan menerusi Program Apollo dengan menguji kapal angkasa yang baru ke Bulan.

Menerusi Program Apollo 11 lah sejarah tercipta di mana akhirnya manusia berjaya menjejakkan kaki ke Bulan pada 20 Julai 1969 menerusi Komander Apollo 11 bernama Neil Armstrong.

Tapak pendaratan pertama di Bulan itu dikenali sebagai lautan Tranquality (Mare Tranquillitatis).

Nama Mare Tranquillitatis tersebut telah diberikan oleh ahli astronomi bernama Francesco Grimaldi dan Giovanni Battista Riccioli pada tahun 1651 lagi dalam peta lunar Almagestum novum.

Kapsyen: Neil A. Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di Bulan.


 

Selepas kejayaan itu, NASA terus menghantar angkasawan mereka ke Bulan menerusi Program Apollo 12, 13, 14, 15,16 dan 17.

Program Apollo 17 merupakan misi NASA terakhir yang berjaya berlepas ke permukaan Bulan yang dilancarkan pada 7 Disember 1972 dahulu.

Walaupun Kesatuan Soviet, Agensi Angkasa dari China, India dan Eropah turut menghantar misi ke Bulan, tetapi hanya Amerika Syarikat sahaja yang telah berjaya menjalankan misi pendaratan manusia di Bulan sehingga kini.

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), NASA

Baca juga: Misi China Membawa Pulang Sampel Batu Dan Tanah Di Bulan Berjaya

Trump Berulang Kali Bertanya NASA, "Kenapa Angkasawan Tidak Dihantar Saja Terus Ke Planet Marikh?"