Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Doomscrolling’ Boleh Mengganggu Kesihatan Otak – Kajian

‘Doomscrolling’ Boleh Mengganggu Kesihatan Otak – Kajian

Diterbitkan April 18, 2023 oleh ariff bukhari

Satu kajian berkaitan tabiat menatal iaitu menggerakkan paparan teks sesuatu dokumen, baris demi baris ke hadapan atau ke belakang tingkap paparan (scrolling) apabila melayari platform media sosial telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Yildiz, Istanbul, Turki.

Hasil dari kajian itu penyelidik mendapati, menatal dalam tempoh masa yang lama boleh memberi kesan terhadap otak sekaligus psikologi seseorang.

Diistilahkan sebagai doomscrolling, tabiat itu boleh meningkatkan keresahan dan tekanan pada individu, meningkatkan risiko atau memburukkan kemurungan, insomnia dan mengganggu tidur, produktiviti dan kreativiti menurun serta memberi kesan buruk pada kesihatan fizikal individu.

Apa yang boleh disimpulkan adalah doomscrolling boleh membawa kesan negatif yang ketara kepada kesihatan mental dan fizikal kita.

Oleh itu adalah penting kita mengekalkan keseimbangan terhadap penggunaan media sosial dan menetapkan sempadan di sekitar platform media sosial bagi membantu mengurangkan kesan negatif doomscrolling.

Berkaitan

  • Persoalan Jangka Hayat Bateri Kenderaan Elektrik Akhirnya Terjawab
  • Dunia Akan Alami Fenomena Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023
  • Teleskop James Webb Berjaya Rakam Imej Uranus Dengan 11 Cincinnya Yang Menakjubkan

Sumber: National Library of Medicine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY