Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kapal Terbang

Syarikat Pemula UK Tukarkan Najis Manusia Kepada Bahan Bakar Enjin Jet

Diterbitkan Januari 5, 2024 · Dikemas kini Januari 5, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pemula UK telah mencipta bahan api jet daripada najis manusia. Syarikat itu, Firefly Green Fuels mencari cara untuk membuat bahan api daripada bahan bernilai rendah, dan nampaknya bahan yang banyak dan murah itu adalah najis.

Jabatan Pengangkutan UK telah menganugerahkan syarikat itu sebanyak £2 juta (~RM11,795,516) untuk meneruskan penyelidikannya yang berpotensi membawa penumpang menaiki pesawat berkuasa najis.

Syarikat itu turut bekerjasama dengan pakar di Universiti Cranfield untuk mengesahkan bahawa bahan api itu mempunyai jejak karbon 90% lebih rendah daripada bahan api jet tradisional sementara masih berfungsi secara kimia sama seperti minyak (kerosin) berasaskan fosil.

Dr Sergio Lima

Bio-kerosin sedang diuji secara di Institut Teknologi Pembakaran DLR di Pusat Aeroangkasa Jerman, dengan kerjasama Universiti Washington State.

Syarikat itu menyatakan bahawa setiap manusia menghasilkan najis yang mencukupi setiap tahun untuk menghasilkan 4 hingga 5 liter bahan api jet bio.

Sebagai contoh, jika anda ingin menerbangkan jet penumpang dari London ke New York, anda memerlukan sisa tahunan daripada 10,000 orang setiap perjalanan.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa syarikat pemula angkasa lepas dari Jepun, berjaya menjalankan ujian prototaip enjin roket yang dikuasakan oleh biometana cecair (LBM) yang diperoleh daripada najis asli lembu.

Berkaitan

  • Kapal Pengangkut Volkswagen Hanya Guna Bahan Bakar Dari Minyak Masak Untuk Bergerak
  • Buat Pertama Kalinya Airbus Menggunakan Minyak Masak Bagi Menerbangkan Pesawat Penumpang Terbesar Dunia
  • Ujian Berjaya, Najis Lembu Bakal Jadi Bahan Api Roket Menjelang 2025
  • Tak Perlu 'Drift King', Toyota Supra Dengan AI Ini Mampu 'Drift' Sendiri

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY