Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
12 Juta Pengguna Dijangka Nikmati Akses 5G Menjelang Akhir Tahun Ini – MenKOMM

Rangkaian 5G Ericsson Dan DNB Catat Rekod Dunia Dengan Jarak Kelajuan Gigabit

Diterbitkan Disember 6, 2022 · Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Amalina Athman

Ericsson dan Digital Nasional Berhad (DNB) baru-baru ini telah mencapai rekod dunia bagi jarak kelajuan Gigabit melalui rangkaian 5G di Malaysia.

Berkaitan

  • DNB: 386Mbps, Ini Purata Kelajuan 5G Di Malaysia Sekarang
  • Selamat Tinggal 'Airplane Mode', Penumpang Di EU Boleh Guna 5G Dalam Kapal Terbang
  • Maxis Didapati Sudah Mula Uji 5G
  • PM Arah Perjanjian 5G Di Malaysia Dinilai Semula Atas Faktor Ketelusan

Dalam satu kenyataan, Ericsson menyatakan melalui ujian yang dijalankan pada frekuensi gelombang milimeter (mmWave) 28GHz, ia telah mencapai daya pemprosesan maksimum 1Gbps pada jarak 11.18km dari antena radio di Butterworth, Pulau Pinang ke satu titik di luar pulau itu.

Ericson DNB
Wakil Ericsson dan DNB

Dengan rekod jarak terbaharu itu, ia memperlihatkan keupayaan mmWave dengan sokongan perisian jarak jauh Ericsson untuk menyampaikan penyelesaian sambungan Internet berkualiti tinggi yang menjimatkan kos dengan cepat, melalui penggunaan Akses Wayarles Tetap (FWA) di kawasan di mana sambungan berwayar tidak selalu dapat dilaksanakan dari segi ekonomi.

Seterusnya, ia dapat membuka jalan kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk menyediakan sambungan yang lebih baik dan lebih luas dalam menjangkau lebih ramai pengguna dan perusahaan, di kawasan liputan 5G sedia ada.

FWA dilihat sebagai alternatif kos efektif kepada jalur lebar tetap, terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar di mana penggunaan gentian mempunyai kebarangkalian kos yang tinggi, memakan masa atau menghadapi cabaran bentuk muka bumi.

Gambar utama: DNB

Sumber: Ericsson

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY