Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RHB Bank Apple Pay

Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Amalina Athman

RHB Group kini mengumumkan bahawa pengguna kad kredit dan debit sudah boleh menggunakan Apple Pay untuk pembayaran.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti

Untuk makluman, Apple Pay merupakan pembayaran mudah alih dan perkhidmatan dompet digital oleh Apple. Ia membolehkan pengguna membuat pembayaran di kedai fizikal dan dalam talian (dalam aplikasi atau web) menggunakan peranti Apple seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac serta menyokong transaksi e-Dagang.

Menurut RHB, mana-mana kad kredit dan debit Visa peribadi adalah layak untuk sokongan Apple Pay. Berikut merupakan senarai penuh:

Kad Kredit

  • RHB Premier Visa Infinite Credit Card/-i
  • RHB Premier Visa Signature Credit Card
  • RHB Visa Infinite Credit Card
  • RHB Visa Signature Credit Card
  • RHB Shell Visa Credit Card/-i
  • RHB Visa Rewards Motion Code Credit Card/-i
  • RHB Visa Rewards Credit Card/-i
  • RHB Visa Cash Back Credit Card/-i

Kad Debit

  • RHB Premier Visa Infinite Debit Card
  • RHB Premier Multi Currency Visa Debit Card/-i
  • RHB Platinum Debit Card-i
  • RHB Multi Currency Visa Debit Card/-i
  • RHB Visa Debit Card/-i
  • RHB Visa Debit Chibi Superman/-i
  • RHB Visa Debit Chibi Batman/-i
  • RHB Visa WWF Debit Card-i
  • RHB Easy Smart Debit Card
  • RHB Easy Debit Card-i
  • RHB MySiswa Debit Card-

Cara Tambah Kad RHB

Untuk menambah kad RHB dalam aplikasi Apple Wallet, ikut langkah di bawah.

  1. Buka aplikasi Apple Wallet dan tekan butang “+”.
  2. Pilih “Debit or Credit Card” dan tekan “Continue”.
  3. Kemudian, posisikan kad RHB untuk imbasan dan ikut arahan pada skrin.
  4. Tetapkan kad RHB sebagai kad default. 

Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Selesai. Sebagai alternatif lain, pengguna juga boleh menambah kad RHB melalui aplikasi RHB Mobile Banking.

Cara bayar guna Apple Pay

Dengan iPhone, klik dua kali pada butang “Power“, sahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda, kemudian tap/dekatkan peranti pada mesin pembayaran (seperti PayWave).

Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Untuk Apple Watch, hanya klik dua kali butang sisi, kemudian dekatkan peranti berhampiran mesin pembayaran.

Sumber: RHB Group

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY